Penjara Pudu tidak sepatutnya dirobohkan demi pembangunan dan ekonomi. Penjara Pudu mencatat rekod kerana mural yang menghadapi Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter. Banduan telah melukis mural dengan menggunakan 2000 liter cat. Penjara ini telah dibina selama lebih daripada sedekad. Kerajaan tidak bercadang menjadikan Penjara Pudu sebagai tapak warisan kerana kewujudannya tidak dianggap sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan rakyat negara ini.Menurut Pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), kawasan Penjara Pudu akan dibangunkan menjadi kawasan komersial dan kondominium dengan kos lebih RM1 bilion tidak lama lagi. "Tapak tersebut telah diserahkan kepada UDA sebagai ganjaran kerana membina bangunan penjara baru di Sungai Buloh, Selangor" kata beliau. Ganjaran berbentuk kawasan tidak harus diberikan kepada pihak pemodal.
Cadangan pintu utama dan mural kiri serta kanan di antara pintu utama akan dikekalkan untuk sejarah generasi masa depan. Cadangan ini adalah baik. Jika keseluruhan penjara ini dirobohkan, generasi masa depan mungkin tidak tahu kecuali mereka pernah membaca sejarah tentang penjara ini. Dari segi sejarah, penjara ini tidak ternilai.
Imej Kampung Baru hendak diubahkan demi pembangunan. Imej Kampung Baru perlu diperbaiki untuk mengukuhkan status kampung moden. Ada cadangan tentang hak pemilikan tanah kepada orang bukan Bumiputera dikatakan tetapi mendapat bantahan. Kampung Baru menjadi lambang budaya Melayu Kuala Lumpur. Kampung Baru berpotensi menjadi tempat pelancongan antarabangsa. Bangunan pencakar langit tidak perlu dibina di kawasan Kampung Baru.
Sistem pengangkutan awam harus diperbaiki secepat mungkin. Pihak KTM harus membeli komuter baru dan menetapkan tempoh menunggu komuter setiap 15 minit dalam setiap hari. Saya jemu menunggu komuter selama 30 minit jika terlepas menaiki komuter. Komuter dan LRT haruslah menepati masa sampai ke stesen. Jika masalah kesesakan jalan raya teruk ingin ditangani, masalah ketidakcekapan sistem pengangkutan harus ditangani terlebih dahulu. Kekerapan bas melalui perhentian haruslah dipendekkan untuk memudahkan penumpang terutamanya penumpang ingin cepat. Laluan baru untuk bas juga harus diperbanyak. Tidak perlu menukar bas. Contohnya, jika saya ingin ke Pelating Jaya dari Ampang, saya terpaksa menaiki bas sebanyak dua kali.Saya terasa hendak membeli kenderaan untuk berulang-alik dari KL ke UKM. Saya berasa bosan menukar dan menunggu kenderaan awam seperti komuter, LRT dan bas.
Tidak gunanya saya mengadu di sini tetapi dapat meluahkan pendapat saya di sini.
No comments:
Post a Comment