Saturday, June 26, 2010

Knight And Day

Tom Cruise and Cameron Diaz

Knight And Day (KAD) merupakan filem aksi komedi. Ada babak romantik.

Filem ini mengisahkan bahawa seorang bekas ejen CIA, Roy Miller(Tom Cruise) melindungi seorang wanita dan seorang genius daripada ancaman kumpulan pengganas. Roy memerhatikan wanita-wanita di lapangan terbang. Dia memilih June Havens( Cameron Diaz) untuk mendapat bantuan tanpa disedari oleh June. Dia sengaja langgari June. Dia berbual dengan June. Mereka melalui pemeriksaan kastam. Seorang pegawai kastam berbual dengan June tentang jenis barang-barang yang dibawa olehnya. Selepas ini, June terlanggar Roy sekali lagi. Dia berbual dengan Roy. Roy cuba memberi amaran kepada June tetapi June tidak mengerti. June tidak dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Roy masuk lalu kelihatan berasa sangsi. Seorang pramugari memberitahu June. June juga masuk ke dalam pesawat. June berkenalan dengan Roy. Roy mengesyaki setiap penumpang. Dia mengikut June sehingga June masuk ke dalam tandas. Roy berlawan dengan sebahagian ejen yang menyamar sebagai penumpang ketika June masih berada di dalam tandas. June sedang bercakap sendiri di depan cermin dan mengemaskan diri sendiri. Roy berjaya membunuh semua ejen termasuk staf kapal terbang. Roy berpura-pura normal dengan menunggu June. June bercium dengan Roy. June minum minuman yang diberikan oleh Roy. Ini plot pada permulaan filem ini.

Babak June mengemaskan dirinya di dalam tandas memang melucukan. Babak June dan Roy saling nampak dan senyum yang membuatkan anda tersenyum atau ketawa. Babak Roy membawa June sedang berada dalam keadaan tidur setelah minum ubat tidur ke kedudukan yang selamat adalah menarik. Beberapa babak yang lucu yang ditunjukkan di dalam filem ini. Aksi yang menarik disajikan. June telah mahir menembak, mempertahankan diri dan menyelamatkan Roy setelah mengikut Roy sepanjang perjalanan. June telah mengkhianati Roy setelah June mengetahui bahawa Roy memperalatkan dia untuk membawa bateri berkuasa tanpa disedari. Akibatnya Roy dikejari oleh pasukan CIA sehingga dia terjun ke dalam sungai setelah ditembak. Plot filem ini adalah lebih menarik daripada plot filem The A-Team.Pasangan ini melakonkan adalah mantap.

Saya akan tengok filem ini sekali lagi. 4 bintang.

No comments: