Restoran Yakiniku
Restoran ini terletak di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah. Restoran ini menawarkan makanan Jepun dan Korea. Kebanyakan makanan ditawarkan yang terdiri daripada makanan Jepun. Tidak halal.
Set BBQ untuk 2 orang
Saya memesan set BBQ ini. Antara makanan yang dihidangkan dalam set BBQ ialah 2 mangguk nasi, 2 pinggan daging paha ayam, 1 pinggan tofu dan 1 pinggan daging kambing serta minuman.
Walau bagaimanapun, saya meminta satu pinggan bakon ditukarkan dengan satu pinggan daging paha ayam. Jadi, dua pinggan daging paha ayam yang dihidangkan. Bakon diperbuat daripada daging babi. 4 jenis minuman ialah teh bunga melur, teh plum limau hijau dan dua minuman lain (saya tidak ingat). Anda boleh memanggang daging dengan sendiri atau minta bantuan pelayan untuk memanggang. Daging panggang diserap dengan sos soya atau kicap ditambah dengan serbuk cili merah adalah lebih sedap.
Alat memanggang digunakan ialah periuk arang tradisional. Khabarnya, daging dipanggang di atas arang lebih sedap berbanding dengan daging dipanggang dengan menggunakan gas. Harga set BBQ untuk 2 orang ialah RM28.80 sebelum ditambah dengan caj perkhidmatan.
Set makan tengah hari
Setiap set makanan tengah hari berharga berpatutan. Set bakon sayuran berharga RM7.90. Bakon sayuran agak sedap. Saya ingin memesan daging paha ayam tetapi seorang pelayan silap menulis. Saya terpaksa makan. Empat sushi yang berharga RM4 setiap. Rasa Unagi Temaki boleh tahan. Mungkin Unagi Temaki sedap jika daging belut (unagi) masih panas. Unagi Temaki berharga RM5.50.
Saya tiada idea tentang perhiasan restoran ini. Baik anda sendiri tengok perhiasan restoran ini,
 |
| Selepas makanan dipanggang |
 |
| Memanggang dengan menggunakan periuk arang tradisional |
Boston
Restoran Boston terletak di tingkat G, Viva Home. Saya memesan spaghetti. Nama spaghetti ialah Aglio Olio Spaghetti. Aglio dan olio merupakan perkataan bahasa Itali. Aglio sama erti dengan bawang putih. Olio bererti minyak.
Spagheti ini berminyak dan kurang masam. Spagheti juga tidak berapa pedas walaupun serbuk cili merah ditaburkan pada spagheti. Spagheti ini boleh tahan. Daging udang boleh tahan. Harga spagheti ialah RM11.95 sebelum ditambah dengan caj perkhidmatan. Minuman murah ialah air barli dan air kosong.
Station One Leisure Cafe
Saya memesan stik ayam dengan sos One Station. Terdapat tiga jenis sos untuk stik ayam ialah cendawan, One Station dan BBQ. Daging stik ayam sedap apabila ditambah dengan sos cili dan sos One Station.
Makanan sampingan dihidangkan bersama stik ayam pada satu pinggan. Antara makanan sampingan ialah salad sayuran, sayuran mentah, jagung dan wedget kentang. Salad sayuran sedap manakala makanan sampingan yang lain boleh tahan.
Saya memesan kopi tiramisu . Kopi tiramisu memang pahit apabila straw diletakkan lebih dalam. Kopi tiramisu memang manis apabila straw diletakkan ke atas kerana ada krim. Kopi tiramisu tidak pahit lagi apabila dikacau. Harga stik ayam ialah RM 13.50 manakala harga kopi tiramisu ialah RM 6.30. Cukai jualan dan caj perkhidmatan ditambah dengan harga.