Sunday, February 26, 2012

Mi Sup Udang-Ayam

Saya menonton rancangan TV Singapura tentang makanan sedap. Makanan sedap tidak kira di Singapura atau Malaysia yang biasanya diperkenalkan menerusi rancangan TV itu.

Tema rancangan TV itu ialah mi sup udang. Mi sup udang yang diperkenalkan di Singapura, Pulau Pinang dan Pudu. Komen diberikan oleh pengacara rancangan TV itu adalah positif.

Saya dan mak saya pergi ke gerai mi sup udang. Gerai itu terletak berlawanan dengan bangunan Telekom dan berdekatan dengan kuil Hindu. Saya mengecam gerai itu. Anda boleh berjalan dari stesen LRT Star Pudu. Jalan belok ke arah kanan. Jalan menerusi tempat letak kenderaan. Lintasi jalan lalu belok ke kanan. Seterusnya nampak kuil Hindu dan sebuah gerai lagi sebelum gerai itu.


Satu meja masih kosong sebaik kami sampai di sana. Mi sup udang-ayam dihidangkan untuk kami. Menurut rancangan TV itu, sup udang dicampur dengan sup daging ayam. Hirisan daging ayam kukus dan daging udang yang dihidangkan di atas mi. Jenis mi ialah mi kuning dan bihun. Anda boleh memesan satu jenis atau dua jenis mi.


Sup kurang tawar tetapi agak sedap. Kemasinan daging ayam terasa apabila ditambah dengan sos cili khas. Hirisan daging ayam sedap. Sos cili tidak berapa pedas tetapi boleh tahan rasanya. Mungkin kerana saya belum merasai sos cili khas itu sahaja. Mi kuning agak kenyal manakal bihun agak empuk. Mi dan bihun ditambah dengan sos cili yang menambahkan rasa. Daging udang tidak berbau hanyir. Saya tidak tahu membezakan rasa sup udang dan rasa sup ayam. Mungkin saya akan makan mi itu sekali lagi.

Tidak halal. Saya tidak tahu tentang harga mi itu.

Jalan San Peng,
Pudu, Kuala Lumpur.

No comments: