Thursday, February 9, 2012

Aquaria KLCC

Saya ingin melawat Aquaria KLCC sejak sekian lama. Saya tidak melawat Aquaria KLCC walaupun saya pernah melalui Aquaria KLCC banyak kali.

Saya sangka bahawa diskaun tidak ditawarkan kepada OKU. Jadi, saya melupakan niat saya itu. Saya pernah melawat Taman Burung, Taman Rusa, Zoo Negara, Planetrinum Negara dan Petrosains. Saya berfikir bahawa saya harus melawat Aquaria KLCC. 

Saya teringat bahawa kawan saya Amerika Syarikat berkata bahawa Aquaria KLCC lebih kecil daripada akuarium di tempat tertentu, Amerika Syarikat. Saya agak setuju dengan dia walaupun saya tidak pernah melawat mana-mana akuarium di AS.

Aquarium KLCC mempunyai 2 tingkat. Hidupan air bukan sahaja didapati malah hidupan reptilia dan serangga juga didapati di sana.

I want to visit Aquaria KLCC since long time ago. I didn't visit Aquaria KLCC although I had pass there many times.

I thought that no discount offered to OKU. So, I forgot about my wish. I already visit Bird Park, Deer Park, Zoo Negara, Planetrinum Negara and Petrosains. I think that I should visit Aquaria KLCC.

I remember that my friend from USA said that Aquaria KLCC is smaller than aquarium at somewhere in USA. I quite agree with her although I never visit any aquarium in USA.

Aquarium KLCC has 2 levels. Aquatic are not only available but reptiles and insects also found there.


Tiket berwarna hijau adalah untuk orang dewasa manakala tiket berwarna biru adalah kanak-kanak. Saya selaku orang pekak membayar RM10 selepas menunjukkan kad OKU dan MyKad. Seorang staf di kaunter meminta kad MyKad. Dia nampaknya menyiasat sama ada kami benar-benar orang kelainan upaya.  Tiket tidak boleh dibawa pulang. Tiket harus dipulangkan kepada staf selepas masuk. Tiket itu sama seperti tiket LRT Star lama.


Pada mulanya, saya berasa agak risau ketika cuba menyentuh hidupan air  di Touch Pool. Perasaan risau lenyap selepas saya menyentuh hidupan air. Kulit timun laut kasar apabila disentuh. Saya menyentuh tapak sulaiman buat kali pertama. Kulit tapak sulaiman liat. Pengalaman menyentuh hidupan air menakjubkan.


Seorang staf itu mesra. Dia berbahasa isyarat tetapi tidak semua dapat difahami. Bukan BIM atau KTBM. Layanan staf itu memuaskan.


Saya tidak sangka bahawa terdapat haiwan reptilia dan serangga  dipamerkan di sana. Bau hanyir dihidu. Saya turun ke tingkat kedua. Tiada bau hanyir.


Kami melalui terowong. Kami boleh melihat hidupan air dengan jelas. Terdapat ikan yu, ikan pari-pari, penyu dan ikan-ikan lain yang berenang di dalam akuarium. Terowong itu mempersonakan. Jika anda tidak mahu berjalan sepanjang terowong itu, anda boleh berdiri di atas platform bergerak dari mula ke akhir.


Saya terlupa mengecas bateri kamera saya. Saya tidak banyak menangkap gambar. Saya asyik risau tentang bateri kamera. Bateri kamera hampir habis.  Jika saya menggunakan kamera DSLR, saya pasti menangkap gambar yang cantik. Gambar di atas hanya boleh ditunjukkan di sini. Gambar-gambar lain kelihatan blur.


Kami menunggu sehingga pukul 3 petang. Sebelum pukul 3 petang, kami kembali ke tempat permulaan. Kami menjelajah ruang tidak kami nampak sebelum itu. Pada pukul 3 petang, seorang penyelam kelihatan. Tidak lama lagi, seorang penyelam lagi berpakaian seperti dewa kekayaan. Banyak ikan menggerumuni mereka untuk makan makanan diberikan oleh mereka. Penyelam bermain-main semasa memberikan makanan kepada penyu. Penyu cuba mengejar makanan. Pergerakan penyu kelihatan comel. Seekor ikan yu kelihatan. Seorang penyelam memberikan makanan kepada ikan yu dengan batang. Selepas 14 minit, kami keluar.

No comments: