Terdapat banyak kenderaan yang tersadai di sepanjang jalan sehingga persimpangan jalan yang ada lampu isyarat. Seorang pelakon mengejari seorang pelakon lain. Saya tidak tahu nama mereka kerana saya berdiri jauh dari kedudukan mereka. Beberapa krew filem ini yang mengawal tempat penggambaran babak filem ini. Banyak orang yang menyaksikan babak filem ini.
Selepas saya menonton filem ini, saya mungkin pernah menyaksikan Jay Chou berlakon di sana. Filem ini bergenre aksi.
Kebanyakan tempat penggambaran filem ini terletak di Malaysia. Saya boleh meneka tempat sambil menonton filem ini. Saya berasa bangga kerana filem ini menunjukkan tempat-tempat di Malaysia kepada orang asing. Babak mengejar-kejar dirakam di Midvalley, Bukit Bintang, KL Sentral dan Putrajaya. Filem ini kelihatan tidak benar-benar realistik pada pandangan saya kerana jarak di antara tempat-tempat tersebut yang jauh dan meletihkan bagi watak-watak sekiranya watak-watak berlari-lari. Saya sebagai penduduk Malaysia, tahu tentang tempat-tempat tersebut. Kami melihat tempat-tempat tersebut dari pandangan orang asing. Ini mungkin mengagumkan.
Babak aksi kerap ditunjukkan dalam filem ini. Perhubungan antara adik-beradik kurang memberikan impak. Plot aksi yang mantap merupakan kelebihan filem ini. Keseluruhan plot filem ini masih memuaskan. Filem ini seakan-akan filem aksi Hollywood seperti Die Hard.
Rating: 4/5.

No comments:
Post a Comment