Saya bangun sebanyak tiga kali. Lepas bangun kali ketiga, saya tertidur.
Saya bermimpi. Seorang kanak-kanak lelaki kelihatan seperti budak berumur 6 tahun. Dia membuli saya. Saya mengelakkan diri daripada dia. Dia mengacau saya. Saya memarahi dia tetapi dia degil. Saya merampas seutas rantai daripada leher dia. Saya mencampakkan rantai itu ke tengah jalan. Jalan itu sibuk. Dia sedih dan nampaknya menangis. Saya tidak peduli akan dia.
Kemudian, saya terbangun. Belakang dan lengan saya terasa sakit. Saya ingat bahawa dahulu, saya termimpi bahawa saya berlawan dengan seekor anjing. Mungkin mimpi itu tidak mempunyai sebarang makna.
No comments:
Post a Comment