Tuesday, June 8, 2010

Genting Highlands

1 Mei 2010
Aku dan Foon kar Mun bersarapan pagi sambil menunggu Peter Loh. Peter Loh datang lewat kerana dia sakit perut. Akhirnya dia sampai ke rumahku. Dia belum makan sarapan pagi..Ouch..
Kami pergi ke 7 Eleven dan gerai untuk makan. Foon makan sekali lagi. Aku tidak makan lagi. Perut aku terasa kurang selesa. Kami bertolak ke Genting Highland. Ada kesesakan jalan berdekatan plaza tol. Aku ternampak seorang pekerja yang mempromosikan kad TouchNgo di tengah-tengah jalan. Bahaya. Peter membeli kad itu. Namun begitu, kami membayar tol melalui wang tunai. Aku mencari ladang buah-buahan di sepanjang jalan di Tanah Tinggi Genting tetapi tidak menemui ladang itu. Akhirnya kami sampai ke Genting Highland. Kami mencari tempat letak kereta kerana terdapat banyak kereta yang diletakkan. Keretanya diletakkan berjauhan dengan taman tema.

Ramai orang beratur. Kami berdua bermain Spinner. Pada permulaan, hati saya macam hendak terkeluar tetapi saya berasa seronok kemudian. Saya sengaja menjerit. Selepas ini, giliran Foon kerana dia diminta menangkap gambar kami bermain Spinner. Kami tunggu Foon. Kami pergi ke tempat Pirate Ship. Ramai orang beratur. Haiz..Kami mengambil gambar sebelum Pirate Ship bermula. Saya sengaja menjerit lagi sambil mengangkat tangan. Tak sehebat Pirate Ship Sunway Lagoon tetapi seronok..Kami mengambil gambar di Bas London. Kawannya memanggil dia untuk 3G. Peter Loh berbual-bual dengan kawannya di tandas supaya rahsia kami tidak akan terbongkar. Kami berehat. Kami pergi ke tempat Space Shot. Sayangnya, hati saya tidak berapa mengecut dengan kencang. Saya tutup mata sebelah dengan tangan.

Kami pergi ke Grand Prix Fun Kart. Ada perempuan dewasa macam orang Filipina atau Siam menangkap gambar seluar terlondeh kepunyaan seorang lelaki secara curi-curi. Saya berasa sungguh hairan. Wanita miang. Kami duduk sambil menunggu. Kumpulan wanita asing itu telah buat kecoh. Sesetengah wanita itu tidak mahu memakai kasut hitam dan dilarang memakai sandal. Mereka menyarungkan penutup kepala pada kaki mereka masing-masing. Mereka memakai kasut hitam. Saya berasa muak melihat mereka. Kami berlumba. Sebelum saya melepasi satu pusingan, kereta saya terlanggar tembok ketika melepasi pusingan U. Ini disebabkan oleh barang-barang kepunyaan saya terjatuh yang menarik perhatian saya. Saya cuba memanggil staf dengan melambai tangan tetapi mereka tidak memberi reaksi. Yang lain melepasi dua pusingan. >< Yang lain tidak menarik kereta saya tetapi masih berlumba. Sedihnya. Saya bangun untuk menarik perhatian staf. Saya cuba menarik kereta tetapi kereta terlalu berat. Staf bergegas ke arah saya. Staf menarik kereta saya. Saya boleh berlumba semula. Kereta saya terlanggar kereta seorang wanita asing itu. Mereka cuba mengambil gambar. Mereka tidak sepatutnya bergambar di litar apabila kami masih berlumba. Mereka patut menunggu sehingga pusingan terakhir dan mengambil tempat yang akhir. Saya melepasi tiga pusingan daripada lima pusingan. Saya berasa terkilan tetapi seronok.

Kami pergi ke Dinosaurland. Kami tidak menunggu bot. Kami berjalan-jalan dan mengambil gambar. Kami terjumpa zoo mini. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar bersama-sama binatang. Kami boleh menyentuh haiwan-haiwan. Foon takut menyentuh ular. Kami memujuk Foon tetapi Foon berdegil tidak mahu menyentuh ular. Kami menyentuh sebilangan haiwan. Kami pergi ke tempat Astro Fighter. Ini merupakan permainan sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Saya sanggup bermain ini. Saya minta maaf kepada kanak-kanak lain berada di belakang kami dalam hati saya. Saya dapat 'terbang' tinggi tetapi Foon dan Peter tidak dapat 'terbang' tinggi kerana tempat duduk. Kasihan mereka. Saya menikmati pemandangan sambil berpusing. Kami pergi ke tempat Rock Climbing. Saya pergi ke kaunter untuk membeli tiket. Saya mendaki tetapi gagal mendaki puncak kerana tangan saya terlalu penat. Kami menaiki kereta Peter. Kami pergi ke tokong semasa memandu menuruni bukit. Kami berjalan-jalan di sekitar tokong. Saya menikmati pemandangan dan menangkap gambar dengan kamera telefon bimbit Peter. Kami balik ke Kuala Lumpur.




No comments: