Saya berbual dengan kawan saya tentang keputusan SPM. Tiba-tiba saya terasa seperti saya menyesal atas keputusan SPM saya. Saya ceritakan imaginasi saya kepada kawan saya.
Saya kembali ke tahun 2005. Saya mengurung diri saya lain di tempat rahsia. Saya menggantikan diri saya lain. Saya tidak ponteng kelas dan rajin mengulangkaji. Saya tidak akan kerap bermain permainan video PS2. Saya berusaha untuk menjayakan projek Pendidikan Seni saya. Saya tidak menyerahkan tugas mewarna kain batik kepada kawan sekelas saya. Saya rajin membaca maklumat tentang Pendidikan Seni. Saya kerap berlatih melukis untuk meningkatkan kemahiran melukis. Saya yakin bahawa saya mendapat A dalam Matematik dan Pendidikan Seni. Saya mendapat 4A atau 5A dalam SPM.
Selepas saya menerima keputusan SPM lebih baik, saya cari kerja sepenuh masa. Saya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti Gallaudet pada tahun 2009. Jika saya sedang melanjutkan pelajaran di AS, saya mungkin tidak berkenalan dengan seorang perempuan tercinta secara serius. Perenggan ini tidak termasuk dalam cerita imaginasi saya.
Saya teringin kembali ke masa lampau untuk membetulkan kesilapan saya. Namun begitu, saya kena melangkah depan.
No comments:
Post a Comment