Diskaun ditawarkan tetapi saya tidak pasti sama ada diskaun pernah ditawarkan pada hari-hari sebelum. Saya dan Foon datang ke pesta buku itu pada hari terakhir. Ramai orang datang ke pesta buku itu tetapi tidak seramai pengunjungi melawat Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.
Saya tidak sangka saya membeli empat buah buku dan dapat sebuah buku percuma. Saya merancang untuk membeli sebuah buku kerana saya tidak selalu membaca banyak buku. Dua buah buku bergenre penyiasatan, sebuah buku komik sains ikthiar hidup dan sebuah buku berkaitan dengan jantina.
Tajuk buku penyiasatan
1. Sherlock Holmes: Sumpahan Empat Sahabat
2. Misteri Banglo Kucing (Siri Kucing Triwarna 3)
Tajuk buku komik sains ikhtiar hidup
1. Ikhtiar Hidup Di Gua
Tajuk buku berkaitan dengan jantina
1. Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps (Edisi BM)
Buku komik sains ikhtiar hidup sangat menarik. Ada babak lucu di samping ilmu pengetahuan disediakan. Buku ini boleh dijadikan sebagai bahan pembelajaran untuk kanak-kanak dan bahan rekreasi untuk orang dewasa.
Buku berkaitan dengan jantina melibatkan perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam pelbagai aspek. Saya tidak menjamin bahawa saya akan memahami segala perempuan kerana saya lelaki.
Buku novel Sherlock Holmes dah saya baca tetapi sampai bab kedua sahaja. Saya belum menilai buku ini. Buku novel Siri Kucing Triwarna 3 masih belum saya baca. Saya perlu baca buku lain sebelum baca buku ini. Buku ini dikatakan hangat dijual.
Terdapat pameran patung Gundam. Saya teringat tentang seseorang. Dia suka akan satu patung Gundam. Saya hendak menunjukkan gambar kepada dia tetapi belum buat demikian. Saya sangat merindui seseorang.
Terdapat gerai makanan dan minuman. Bagi saya, harga makanan di sana mahal sedikit daripada harga makanan di gerai di luar. Ada pertunjukan penyamar watak komik. Saya tidak peduli. Pameran anjuran Petrosains juga diadakan di sana. Saya menemui dua benda menarik. Satu kotak kelihatan seperti "magic cube box" tetapi berbeza kerana bentuk kotak perlu digabungkan menjadi bentuk kotak. Satu benda lebih menarik iaitu gam pepejal tidak melekit. Kanak-kanak nampaknya seronok meraba-raba gam pepejal itu. Saya ingin tahu. Saya terpaksa tunggu hingga nampak satu kotak lain. Jadi, saya tidak perlu tunggu. Saya ambil gam pepejal lain. Gam pepejal itu tidak ada bau. Bentuk gam pepejal itu berubah.
![]() |
| Terdapat pelbagai genre buku novel. |
![]() |
| Gam pelekat |


No comments:
Post a Comment