Saya membaca artiket tentang meraikan kepentingan darah sedunia. Hari Derma Darah Sedunia diraikan semalam (14 Jun). Empat hingga enam liter darah biasanya yang mengalir dalam badan kita kecuali kita mengalami kecederaan atau penyakit dan kehilangan banyak darah. Pemindahan darah boleh menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan yang cedera teruk atau menjalani pembedahan penting. Darah didermakan oleh penderma atas kerelaan sendiri.
Saya pernah menderma darah sebanyak dua kali. Yang pertama di UKM dan yang kedua di Pusat Darah Negara. Saya tidak boleh menderma darah sebanyak kali ketiga kerana saya sakit atau sibuk pada masa itu. Saya telah terlupa tentang aktiviti menderma darah. Kini, saya hendak menderma darah tetapi mungkin sukar mengisi masa untuk menderma darah. Saya kagum dengan orang lain yang sentiasa menderma darah tanpa mengharapkan balasan sepanjang hidup.
Harap anda akan menderma darah. Usah takut akan kesakitan disuntik dengan jarum untuk mederma darah.

No comments:
Post a Comment