Monday, June 6, 2011

X-Men: First Class

Filem ini merupakan siri kelima. Sepatutnya filem ini dijadikan sebagai siri pertama tetapi ini membolehkan kita mengetahui sejarah tentang punca persengkataan dengan Profeser X dengan Magneto. Profeser X memihak kepada manusia manakala Magneto berminat untuk mewujudkan tamadun mutan mengatasi manusia. Filem ini bergenre aksi dan drama. 

Punca Profeser X tidak mampu berjalan ditunjukkan dalam filem ini. Logan muncul seketika. Logan tidak mahu diganggu oleh Profesr X dan Magneto walaupun mereka menemui dia. Logan berkenalan dengan Profeser X dan Magneto dalam siri pertama. Saya lebih suka menonton watak Logan. 

Babak dialog lebih banyak ditunjukkan berbanding dengan babak pertarungan. Namun begitu, plot agak menghiburkan dan memberikan impak. Pada pendapat saya, siri filem ini keeempat terbaik. 

Rating saya: 4.3/5.


No comments: