Monday, June 20, 2011

Bukit Tabur

Saya terlepas peluang menikmati pemandangan matahari terbit di Bukit Tabur sekali lagi. Seorang kawan saya terlewat kerana dia bangun lewat. Jadi, saya akan mendaki Bukit Tabur sekali lagi.

Kami berhenti sekejap sebanyak dua kali kerana saya ingin memastikan sama ada kami melalui jalan betul. Akhirnya, kami sampai di kaki bukit. Saya paling cepat mendaki bukit ini. Saya menangkap gambar sambil berehat sekejap sebelum menyambung pendakian. Saya berhenti lagi di depan tasik untuk menunggu kawan-kawan saya dan menangkap gambar. Pemandangan di depan tasik sungguh cantik. Saya buat vlog. Kami berdua berpatah balik kerana dia ada hal pada pagi. Saya ikut dia kerana beg saya diletakkan di dalam kereta dia. Setelah berbincang, kawan-kawan saya yang lain meneruskan pendakian.

Tiba-tiba saya tergelincir lalu tercedera. Tangan kanan dan kaki kanan serta lengan kanan yang tercedera. Kami makan sarapan sebelum balik ke rumah.

Anda berhati-hati semasa mendaki di atas batu- batuan. Anda boleh tengok pemandangan matahari terbit di depan tasik. Tempoh pendakian Bukit Tabur antara 3 jam dengan 4 jam.


The lake

A girl and a woman
Six deaf people

No comments: