Saya mula kenal dia melalui keratan akhbar pada tahun 2001. Saya kagum akan dia selepas saya mengetahui dia pernah mendapat 8A dalam SPM. Dia ialah contoh kepada saya dalam usaha mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kejayaan dia membangkitkan semangat saya untuk rajin belajar. Saya bertemu dengannya buat kali pertama pada tahun 2002 atau 2003. Saya masih keliru tentang tempat yang kami bertemu buat kali pertama. Saya pernah berasa kagum lagi semasa melihat dia menaip telefon selularnya dengan cepat. Dia nampaknya 'sporting'. Saya berjumpa dengan dia beberapa kali melalui aktiviti yang dianjurkan oleh PMY.
Saya berhenti daripada menjadi ahli DTC. Saya jarang berjumpa dengan dia sehingga tahun 2009. Saya selalu berjumpa dengan dia melalui aktiviti mendaki bukit dan menonton wayang. Pada bulan ini, saya bekerja bersama dia. Saya tidak pernah terfikir bahawa saya akan menjadi rakan sekerja dia. Saya berterima kasih kepada dia kerana dia yang memberikan nasihat dan galakan serta menambah kecerahan dalam kehidupan saya. Namun begitu, saya tidak akan belajar tentang perkara buruk daripada dia.
Saya pasti bahawa saya akan merindui dia. Masa tiga tahun akan berlalu walaupun masa itu panjang. Perpisahan bukan kehilangan seseorang. Semoga dia akan berjaya di Amerika Syarikat. Semoga dia akan menemui pasangan seumur hidup kelak.
![]() |
| We took photo in Midvalley after visited Toy Fair 2010 |

No comments:
Post a Comment