Saya mahu berjumpa dengan ketiga-tiga pemain idola saya dan bergambar bersama mereka. Saya memberikan ulasan saya tentang mereka.
Ronaldo
Beliau merupakan seorang idola saya pertama. Beliau merupakan bekas pemain Brazil. Beliau pernah bermain untuk PSV, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid, AC Milan dan satu kelab Brazil. Saya mula mengagumi kehebatan beliau sejak Piala Dunia 1998. Beliau pandai mengelecek bola dan menjaringkan gol.
Menurut majalah Wisel, seorang penyerang berupaya membuatkan penjaga gol lawan kelihatan kaku sama seperti gol ketiga dilakukan oleh Ronaldo. Beliau merancang pemasaan lariannya begitu sempurna sehingga beliau memiliki banyak ruang dan tidak dapat dijangka oleh pertahanan lawan. Beliau menggelecek bola melepasi penjaga gol dan tenang menyepak bola ke dalam gawang gol. Beliau menjaringkan gol ketiga itu semasa kemenangan Inter Milan 3-0 pada final Piala UEFA ke atas Lazio pada tahn 1998. Saya tidak ingat sama ada saya pernah menyaksikan beliau menjaringkan gol begitu.
Saya mula tidak berminat dengan Ronaldo selepas Piala Dunia 2006. Beliau tidak menyinar seperti masa dahulu. Beliau bersara. Menurut Leonardo, Ronaldo lebih baik daripada Messi. Beliau tetap melakukan prestasi menakjubkan dalam Piala Dunia 2002 walaupun beliau pernah mengalami kecederaan jangka panjang. Fesyen rambut beliau kelihatan unik ketika perlawanan final Piala Dunia 2002. Saya gembira melihat beliau menjaringkan dua gol dan seterusnya membantu Brazil memenangi Piala Dunia. Beliau kelihatan gempal sikit tetapi berbisa. Tidak hairan melihat beliau memenangi anugerah pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali dan dilabel antara penyerang terbaik di dunia.
Thierry Daniel Henry
Beliau merupakan pemain idola saya yang kedua. Henry berasal dari Perancis. Henry menyertai Arsenal pada tahun 1999. Saya tidak mengenali beliau sejak Piala Dunia 1998 hingga beliau mula menyinar bersama Arsenal. Saya mungkin pernah menyaksikan persembahan beliau sepanjang Piala Dunia 1998 tetapi saya belum berminat dengan beliau. Beliau pintar, pantas dan menjaringkan banyak gol menakjubkan. Saya amat berasa seronok melihat beliau menjaringkan gol menentang Manchester United. Gol terbaik beliau pernah saya saksikan semasa menentang Manchester United. Theo Walcott dikatakan sebagai pengganti beliau. Semoga pernyataan ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Beliau memberikan banyak bantuan kepada pemain lain menjaringkan gol. Beliau boleh melepasi perangkap offside walapun beliau tidak memberikan ancaman udara. Beliau memberikan kesukaran kepada pertahanan lawan di kotak penalti untuk menghalang pasukan menjaringkan gol.
Minat saya terhadap beliau tidak pernah berubah selama-lamanya. Beliau merupakan penyerang terbaik untuk Arsenal FC, Perancis dan saya. Saya pernah berharap agar beliau kembali bermain bersama Arsenal FC sebelum beliau bersara kelak. Namun begitu, harapan ini nampakya susah menjadi realiti kerana Arsene Wenger lebih berminat menggunakan pemain muda. Kebanyakan pemain utama Arsenal FC yang terdiri daripada pemain muda. Beliau mampu membantu Arsenal FC. Saya berasa sedikit sedih ketika melihat Arsenal FC gagal menjulang piala di bawah pimpinan beliau sebagai kapten.
Lionel Messi
Beliau merupakan pemain idola saya terbaru. Beliau mula mengagumi saya sejak tahun 2009. Beliau pintar dan handal dalam kotak penalti. Beliau lebih baik sebagai penyerang berbanding dengan pemain tengah. Beliau dianggap sebagai penyerang luar biasa kerana pernah menjaringkan 4 gol ke atas Arsenal FC pada tahun 2010. Beliau memenangi anugerah pemain terbaik dunia dua tahun berturut-turut.
Beliau gagal menyinar semasa Piala Dunia 2010 walaupun membantu pemain lain menjaringkan gol. Bekas jurulatih Argentina tidak sepatutnya meletakkan beliau dalam posisi pemain bek tengah. Beliau pernah menjuarai kejohanan utama kecuali Piala Dunia. Saya tidak pasti sama ada beliau akan ada rezeki memenangi Piala Dunia 2014. Seorang pemain England mendakwa beliau tidak semestinya handal ketika beliau bermain dalam Liga Perdana Inggeris kerana permainan fizikal merupakan salah satu ciri tentang corak permainan Liga Perdana Inggeris. Nampaknya gaya permainan beliau harus ditingkatkan.
Saya akan berasa gembira sekiranya beliau menyertai Arsenal FC tetapi rasanya mustahil. Beliau terlalu mahal untuk dibeli oleh Arsenal FC.
Semoga mereka sentiasa sihat sejahtera. Bilakah saya boleh berjumpa dengan mereka?



No comments:
Post a Comment