Malaysia seri dengan Singapura pada Khamis ini. Malaysia (Harimau Malaya) terkandas pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Impian saya telah musnah. Saya ingin tengok pasukan bola sepak Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2014. Namun begitu, impian saya terlalu susah untuk dicapai. Sesetengah rakyat Malaysia geram akan pasukan bola sepak Singapura kerana Singapura ada campuran antara pemain naturalisasi dan pemain tempatan serta sengaja melambatkan permainan. Akan tetapi, kesilapan Harimau Malaya harus diakui.
Tahap persembahan pasukan bola sepak Malaysia masih belum mencapai tahap bertaraf dunia. Kebijaksaan, kepantasan, kekuatan mental dan ketepatan hantaran ialah elemen penting dalam usaha mencapai kemenangan. Singapura nampaknya menggunakan kebijaksaan untuk mempertahankan kelebihan gol. Harimau Malaya patut salahkan diri kerana gagal hantar tepat kepada pemain lain kebanyakan kali terutamanya berdekatan dengan kotak penalti lawan. Benteng pertahanan Harimau Malaya longgar seperti dibuktikan melalui perlawanan dengan dua kelab Inggeris, Arsenal FC dan Liverpool FC. Harimau Malaya nampaknya lemah semangat selepas Singapura berjaya menyamakan gol. Semua pemain Malaysia harus mempunyai kekuatan mental yang tinggi tetapi tidak mudah untuk memastikan hal ini terjadi. Contohnya, Arsenal FC mengalami kemerosotan prestasi selepas kekalahan kepada Birmingham FC pada perlawanan akhir Piala Carling. Kesan daripada kekalahan tersebut mungkin menganggu kekuatan mental bagi sesetengah pemain.
Pemain import dibenarkan untuk bermain dalam liga bola sepak Malaysia. Terdapat bantahan dan sokongan terhadap cadangan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa prestasi Harimau Malaya meningkat selepas larangan ke atas pemain import dikuatkuasakan bagi memberikan peluang kepada para pemain tempatan. Akan tetapi, terdapat kekurangan ditunjukkan. Kekurangan daya kreativiti dan kebijaksaan dalam corak permainan seperti ditunjukkan Harimau Malaya. Saya amat bersetuju mengenai pendapat bahawa pemain bola sepak bermain dalam liga luar negara harus dibawa masuk ke negara kita sekiranya salah satu ibu bapa atau kedua-dua ibu bapa pemain itu yang berasal dari Malaysia. Pengalaman bermain dalam liga luar negara berguna untuk Harimau Malaya. Contohnya, Filipina ialah lawan sukar untuk ditentang kerana mempunyai pemain berasal dari Filipina yang bermain di luar negara. Yang penting, pemain tersebut mestilah mempunyai prestasi lebih baik daripada pemain tempatan.
Iktibar kekalahan harus dinilai dan dipelajari. Walaupun program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi telah dimulakan, sistem pembangunan pemain bola sepak haruslah sistematik seperti yang dijalankan di kelab-kelab Eropah seperti Barcelona FC dan Arsenal FC. Saya berharap agar pasukan Harimau Malaya akan dibarisi oleh pemain yang berbilang kaum semula seperti zaman 70-an dan 80-an. Saya tidak mahu tengok kebanyakan pemain Melayu menganggotai Harimau Malaya. Saya tidak berbaur perkauman!
Majulah bola sepak Harimau Malaya. Harimau Malaya akan mengaum hebat pada suatu hari nanti.
3 comments:
mengenai campuran pemain naturalisasi dan pemain tempatan dalam sesuatu pasukan bolasepak yang awk sebutkan. sebenarnya, perkara begini sudah tidak 'asing' lagi bagi saya. kerana dalam peraturan FIFA, pemain yang mempunyai warganegara yang ke-dua (telah dirakyatkan) dibenarkan untuk menyertai pasukan negara asing sekiranya pemain tersebut tidak pernah mewakili negara asalnya. oleh itu, saya berasa bahawa team Malaysia perlu ada pemain 'import' sepertimana yang Singapura guna sistem tersebut jika pemain itu ada mempunyai skill yang bagus. sekadar memberi pendapat.
Redha, saya terima pendapat awak. Lebih baik anak pendatang asing akan mewakili Harimau Malaya sekiranya mereka menetap di Malaysia atau tidak pernah mewakili negara lain serta berpotensi menjadi pemain bola sepak hebat seperti Perancis dalam zaman kegemilangan.
terima kasih atas pendapat awak.
sama-sama..
Post a Comment