Kedua-dua drama tersebut berakhir dengan kesudahan yang membahagikan. Saya pernah berasa terharu semasa menonton kedua-dua drama tersebut. Saya agak yakin bahawa Destiny in Her Hands mampu mencatatkan rating tontonan tinggi.
Destiny in Her Hands mengisahkan bahawa kehidupan seorang wanita yang bernasib malang dan pernah dianggap sebagai pembawa malang kerana tapak tangannya mempunyai suatu garisan putus bermaksud nasib buruk. Seorang wanita itu bernama Jin Yu. Dia pernah mengalami kesusahan hidup, kecurangan suaminya pertama, penceraian, kematian ahli keluarganya dan dugaan hidup lain. Dia pernah melakukan kesilapan seperti melakukan percubaan lari diri, mengugurkan janin pertama, masih tidak bercerai dengan suami pertama walaupun suami itu pernah melakukan keganasan dan curang dengan dia serta sebagainya. Dia tabah menghadapi semua dugaan hidup walaupun pernah mendapat cemuhan. Akhirnya, dia menemui pasangan baru dan bersama-sama keluarga bahagia.
Personal Taste mengisahkan bahawa seorang lelaki menyamar menjadi gay, menemui cinta dengan seorang wanita setelah lelaki itu menyewa bilik di rumah wanita itu demi mendapat projek pembinaan. Seorang lelaki itu mengajar wanita itu tentang wanita idaman demi membalas dendam terhadap bekas teman lelaki. Tidak disangka bahawa wanita itu telah jatuh hati terhadap lelaki itu walaupun dia salah sangka lelaki itu gay. Cinta sejati boleh terjadi walaupun terdapat perbezaan atau sesuatu tidak diingini yang telah terjadi.
Saya mendapat pengajaran menerusi kedua-dua drama itu. Anda harus menghadapi dugaan hidup dengan fikiran positif dan tabah. Anda boleh memaafkan orang lain pernah melukai atau menghina dan menipu anda sekiranya anda rasa susah. Anda harus mempunyai azam untuk meneruskan hidup dan mencapai impian anda asalkan tidak melukai orang lain. Anda patut jujur terhadap diri anda dalam hal cinta. Anda boleh menerima kekurangan orang tersayang dengan hati terbuka. Anda harus tidak pernah berputus asa untuk mendapat sesuatu atau seseorang. Jangan menyesal sekiranya tidak berbuat apa-apa untuk mengubah nasib.
Rating saya;
Destiny in Her Hands: 8.5/10
Personal Taste: 8.5/10



No comments:
Post a Comment