Seorang pemain Arsenal FC dilayangkan kad merah lagi dalam tiga perlawanan yang pertama. Khabarnya, Arsene Wenger mahu mendapat tiga pemain baru terutamanya, seorang penyerang, seorang pemain tengah dan seorang pertahanan bek tengah. Pembelian pertahanan bek tengah dan pemain tengah amat diperlukan kerana kelemahan ketara yang ditunjukkan dalam bahagian tengah dan pertahanan Arsenal FC. Park Chu Young selaku penyerang baru akan menyertai Arsenal FC tetapi kontrak belum ditandangani. Adakah dia lebih sesuai untuk Arsenal FC? Terpulang kepada dia untuk membuktikan kehebatan dia.
Banyak khabar angin tentang sasaran pemain tengah dari liga Perancis dihebohkan. Sepanjang pengetahuan saya, kebanyakan pemain tengah pernah menyertai Arsenal yang terdiri dari Perancis. Saya mengakui bahawa kebanyakan tonggak Arsenal FC dahulu yang terdiri dari Perancis seperti Thierry Henry, Patrick Vieira dan lain-lain sepanjang tempoh kendalian Arsene Wenger. Saya tidak berapa tahu tentang pemain dari liga Perancis. Adakah pembelian sasaran pertahanan seperti Gary Cahill adlah berbaloi untuk Arsenal FC? Tengoklah prestasi Cahill bersama pasukan Bolton dalam tiga perlawanan yang pertama. Pertahanan Chelsea Fc, Alex lebih sesuai dengan Arsenal FC. Dia lebih berpengalaman berbanding dengan Gary Cahill tetapi umurnya mungkin menyukarkan Alex. Masalah utama ialah kos pembelian.
Kekalahan Arsenal kepada MU 2-8 mengingatkan saya tentang kekalahan Arsenal kepada MU 1-6. Arsenal FC menjuarai EPL dan Piala FA pada musim 2001-2002. Saya yakin bahawa Arsenal FC akan bangkit menjadi pasukan lebih kuat kelak. Pemain Arsenal FC diharapkan agar bersabar dan kekal dalam pasukan Arsenal FC dalam tempoh lama. Tony Adams, Lee Dixon dan Dennis Bergkamp kekal dalam pasukan Arsenal FC hingga mereka bersara walaupun pernah mengalami kekalahan besar. Pemain begitu susah ditemui dalam pasukan Arsenal FC. Robin Van Persie masih kekal bersama Arsenal FC sehingga kini. Manchester United lebih bertuah kerana ada pemain muda menjadi pengganti seperti Tom Cleverley dan pemain paling lama seperti Ryan Giggs.
Saya masih menyokong Arsene Wenger. Usah cepat melatah akan Arsene demi kekalahan besar kepada MU. Arsenal FC Boleh!

No comments:
Post a Comment