Saya telah menonton perlawanan antara Arsenal dengan Liverpool. Walaupun Liverpool lebih banyak menguasai bola daripada Arsenal FC, gawang Arsenal tidak bocor. Pemain muda Arsenal bermain bersungguh-sungguh. Malangnya, Frimpong dibuang padang setelah menerima kad kuning kedua. Ini menjejaskan rentak permainan Arsenal FC dalam usaha menjaringkan gol. Van Persie berpeluang untuk menjaringkan gol tetapi rembatan nampaknya kurang kuat diselamatkan oleh penjaga gol Liverpool. Langkah menurunkan Suarez pada separuh masa kedua adalah bijak. Ramsey tidak sengaja menjaringkan gol sendiri ke dalam gawang Arsenal FC. Bola tertampan dada Ramsey setelah Piquel mengeluarkan bola ke belakang. Liverpool menjaringkan gol pada lewat separuh masa kedua. Liverpool berhak menang.
Frimpong dan Miquel akan menjadi pemain hebat pada suatu hari nanti. Saya tertanya-tanya sama ada Nasri tidak akan dijual pada musim ini. Saya menanti berita terkini tentang Nasri. Saya berharap agar dia akan kekal di Arsenal dalam beberapa tahun kemudian tetapi Nasri tidak mahu menandatangani kontrak lanjutan. Nasri mesti bermain bersungguh-sungguh untuk membantu Arsenal FC menjuarai piala tidak kira kejohanan pada musim ini. Persembahan Arshavin kurang memuaskan. Arsene Wenger mungkin menghadapi saat kesukaran pada masa ini.
Arsene Wenger perlu membeli seorang pertahanan bek tengah atau pemain tengah lagi terbaik kerana banyak pemain berpengalaman yang cedera. Arsenal FC bakal menghadapi perlawanan sukar dengan Udinesse dan Manchester United. Semoga Arsenal FC akan menang dalam semua perlawanan sukar.
No comments:
Post a Comment