Wednesday, July 27, 2011

Mimpi

Saya tidak ingat permulaan mimpi lagi. Saya cuba mengingatkan mimpi saya pagi tadi tetapi ingat sebahagian. 

Saya berada di universiti. Saya cuba cari gadis bernama H di asrama. Dia tidak berada di asrama. Saya keluar dari asrama. Tiba-tiba tempat berubah menjadi sekolah rendah. Saya cuba cari dia di sekitar sekolah. Saya nampak murid-murid dan seorang guru di dalam bilik darjah ketika saya melalui bilik darjah itu. Saya menuju ke tempat perhimpunan. Tiba-tiba saya berada di luar asrama sama. Saya merasakan dia berada dekat dengan saya. Saya terjumpa dia di luar asrama. Saya memeluk dia. Kami senyum antara satu sama lain. Ada kalendar ditunjukkan. Warna biru ditandakan pada tarikh. Tarikh ditandakan hingga 24. Kaki saya terasa gatal. Saya terjaga daripada tidur. Saya berasa hairan. Saya sambung tidur tetapi ada mimpi baru. 

Mengapakah kalendar ditunjukkan dalam mimpi saya? Saya tiada idea tentang kalendar itu. 

2 comments:

Mohammad Redha said...

wah mimpi magik huhu. apa cerita baru dlm mimpi baru tersebut?

Wei Xiong said...

saya dah tidak ingat tentang mimpi baru semasa bersedia untuk kerja. maaf.