Tarikh: 13 Julai 2011
Tempat: Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Banyak penyokong datang menaiki LRT Star ke Bukit Jalil. Saya dan Mohd Syukri terjumpa dengan seorang kawan pekak dan dua orang kawan dia di luar Stadium Nasional. Selepas berbual sekejap, saya dan dia masuk ke dalam stadium itu. Kami masuk menerusi pintu berwarna kuning. Dilarang membawa sekaki payung ke dalam stadium ini. Saya disuruh untuk meletakkan sekaki payung di atas pintu masuk. Kami duduk di barisan tempat duduk yang kedua depan dan di depan penjuru padang.
Tempat duduk tingkat bawah hampir dipenuhi oleh penyokong Arsenal FC. Kedua-dua pasukan memulakan aksi pantas. Percubaan gol awal oleh kedua-dua pasukan berjaya dihalang oleh penjaga gol atau pertahanan kedua-dua pasukan. Jack Wilshere dijatuhkan di atas kotak penalti. Penalti berjaya disempurnakan oleh Ramsey. Tangan penyokong Arsenal lain menghalang sebahagian imej ketika saya menangkap gambar Ramsey melakukan percubaan sepakan penalti. Geramnya saya tetapi saya hanya tahan.
Penjaga gol Arsenal FC melompat untuk menghalang bola dari sepakan percuma oleh pemain Arsenal FC. Serangan pasukan Malaysia gagal membuahkan hasil. Benteng pertahanan Malaysia longgar hingga nyaris terkena satu gol lagi. Beberapa pemain Arsenal yang tidak bernasib baik ketika menjaringkan gol hingga Theo Walcott menjaringkan gol cantik. Separuh masa pertama tamat.
Beberapa pemain Arsenal ditukarkan sebelum separuh masa kedua bermula. Selepas separuh masa kedua bermula, Carlos Vela menjaringkan gol ketiga. Ini membuktikan Carlos Vela masih mampu menjaringkan gol dalam jarak dekat. Pemain sayap kiri Malaysia melakukan serangan ke arah pintu gol tetapi dihalang oleh pertahanan Arsenal FC. Pemain tengah Malaysia masih menyaingi pemain tengah Arsenal FC. Tepukan dan sorakan gemuruh oleh para penyokong Arsenal FC kedengaran apabila Samni Nasri, Van Persie dan Sagna yang dimasukkan ke padang. Adakah saya terlupa seorang pemain lagi? Entahlah.
Saya meramal keputusan bahawa Arsenal FC 5-0 Malaysia. Gol keempat dijaringkan oleh Tomas Rosicky melalui tandukan. Arshavin mengumpan bola ke arah Rosicky dengan hantaran cantik. Arshavin nampaknya mampu membantu ke arah kejayaan jaringan walaupun dia dikritik pada musim lepas.
Ryo Miyaichi, Carl Jenkinson dan Frimpong nampaknya bermain dengan bagus. Ryo Miyaichi perlu meningkatkan penguasaan bola semasa menggelecek bola. Bola terlepas daripada genggaman dia apabila bola diterjah oleh lawan. Chamakh nampaknya tidak menyengat dalam kotak penalti. Squillaci kena bermain baik secara konsisten. Semoga mereka akan mengatasi masalah gaya permainan secepat mungkin.
Malaysia menerima pujian dan pendapat daripada Arsene Wenger. Selepas permainan tamat, kami melihat para pemain Arsenal FC menerima pingat. Gibbs dan Walcott yang melontarkan topi kepada para peminat. Malangnya, saya tidak mendapat topi =(
Kami menuju ke pintu masuk hijau. Saya mendapati sekaki payu tiada di atas pintu itu. Syukri menemui sekaki payung di dalam pintu itu. Payung saya dialihkan tanpa pengetahuan saya. Tidak apa asalkan barang saya tidak hilang.
 |
| Karnival |
 |
| Maskot Arsenal FC |
 |
| Alex Song (kiri), Theo Walcott dan Vermaelen (kanan) |
 |
| Benteng Arsenal FC |
 |
| Keputusan akhir :) |
No comments:
Post a Comment