Friday, May 13, 2011

Kepastian dan Ketidakpastian

Kehidupan penuh dengan kepastian dan ketidakpastian.

Saya telah mengalami kekecewaan sekali lagi. Saya fikir panjang semasa tunggu kereta api laju. Terasa masa berlalu dengan agak pantas. Saya tidak pasti tentang perkara bakal terjadi pada masa depan. Saya nampak bapa budak bermain dengan budak. Bapa budak juga senyum. Saya senyum apabila bertentangan mata dengan bapa budak. Saya nampak betapa kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Saya nampak seorang wanita India memberikan makanan kepada mereka. Ini membuktikan bahawa kasih sayang tidak pernah mengenali warna kulit atau agama. Kasih sayang dan perasaan timbang rasa merupakan perkara penting dalam hidup saya. Kehidupan saya tidak bermakna tanpa kasih sayang dan perasaan timbang rasa.

Walaupun orang berduit/kaya boleh membeli benda yang dia suka, dia merupakan orang paling miskin sekiranya dia tidak merasai kasih sayang daripada orang lain. Saya telah menyiapkan kraftangan secara ikhlas untuk orang kesayangan. Saya telah mencurahkan kasih sayang semasa membuat kraftangan. Harap orang kesayangan terus menyimpan kraftangan buatan saya hingga masa tua. Harapan ini kurang nyata tetapi usah berputus asa tentang harapan. Ketidakpastian tentang sesuatu perkara adalah misteri dan lebih menarik daripada kepastian.

Bulan kelihatan pudar malam ini. Malam ini merupakan malam sedih. Saya sebagai manusia biasa harus menghadapi dugaan dengan hati tabah. Saya percaya bahawa orang tabah mampu mengharungi dugaan yang mencabar atau menyakitkan hati supaya mendapat rahmat kelak. Harap banyak perkara yang saya mahu akan jadi nyata kelak.

No comments: