Terdapat banyak kenangan manis dan kenangan pahit sepanjang alam persekolahan.
Saya ingin minta maaf atas semua kesalahan pernah saya lakukan sepanjang alam persekolahan walaupun masa telah lama berlalu.
Pusat Pertuturan Kiu.
Terima kasih kepada guru Susan, Roslina, Timah dan lain-lain yang pernah mengajar di sana.
Saya paling sayang akan guru Susan dan Roslina. Tapak tangan saya kena rotan selepas guru Susan menyedari bahawa saya menipu dalam kerja rumah Matematik. Selepas masa itu, saya berazam untuk menjadi pelajar pandai. Saya selalu mendapat markah penuh dalam setiap ujian. Saya berasa sungguh bangga. Ada sebilangan rakan-rakan sekelas saya cemburu. Saya belajar untuk bertutur dengan menggunakan kod kiu. Saya boleh bertutur. Saya belajar dari peringkat tadika hingga Tahun 2.
Sekolah rendah.
Saya berpindah ke sekolah rendah. Saya belajar Tahun 2 sekali lagi. Nasib baik saya telah lompat kelas. Saya tidak perlu belajar Tahun 2 setahun lagi. Saya pelajar nakal. Saya sering menerima hukuman atas kesalahan saya tetapi saya tidak serik. Saya menjadi ketua pengawas semasa saya belajar Tahun 6. Pelantikan ini mengejutkan saya. Terdapat guru yang disenangi atau dibenci di sekolah rendah. Saya mendapat keputusan baik dalam UPSR. Saya merupakan pelajar sekolah rendah pertama mendapat A dalam UPSR. Saya menerima ganjaran wang daripada Puan Lau. Junior mendapat semangat untuk mendapat A dalam UPSR. Saya berasa gembira semasa junior mendapat A dalam UPSR.
Sekolah menengah
Saya belajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di SMK DIY. Saya merupakan pelajar pendidikan khas pertama mendapat 6A dalam PMR untuk sekolah itu. Saya berasa kurang puas hati kerana saya hendak mendapat 7A. Namun begitu, saya sudi menerima keputusan ini. Saya berubah menjadi pelajar jahat dan pelajar malas sejak Tingkatan 4. Saya menghampakan harapan guru-guru. Saya tidak berapa berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang. Saya mendapat keputusan SPM yang tidak disangka. Tiada rakan-rakan sekelas mencabar hebat saya dalam peperiksaan. Mungkin sebab ini menyebabkan prestasi akademik saya merosot. Terima kasih kepada semua guru sekolah itu.
Sekolah tinggi
Saya pernah belajar di ASD. Saya mendapat banyak pengalaman baru di sana. Saya mendapati bahawa guru-guru di sana menggunakan cara berbeza dan lebih baik dalam berbahasa isyarat berbanding dengan guru-guru di sekolah menengah saya. Saya pernah merungut secara diam-diam. Satu perkara tentang mereka yang saya paling suka iaitu mereka tidak pernah merotan saya. Haha. Terima kasih kepada guru-guru.
Pra-U
Saya belajar Tingkatan 6 di MBSSKL sepanjang satu tahun setengah. Saya menjadi pelajar baik dalam kelas tipikal (normal). Namun begitu, saya merupakan pelajar biadab semasa saya berada dalam unit pendidikan khas. Guru Cheang sentiasa memberikan nasihat kepada saya. Kadang-kala saya terasa seperti saya kena leteran guru. Terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar dan membimbing saya. Saya menghampakan harapan guru-guru. Saya susah menghadapi tekanan peperiksaan. Saya mendapat keputusan baik. Semua pelajar cemerlang SPM tidak semestinya mendapat keputusan cemerlang dalam STPM.
![]() |
| Majlis Graduasi |
UKM.
Di sana saya menuntut ilmu pendidikan khas. Saya tidak pernah suka apa-apa tugasan. Saya mendapat keputusan memuaskan. Saya berasa malu semasa melihat seseorang tercinta rajin dan fokus terhadap pelajaran. Saya belajar dari pensyarah-pensyarah. Saya berterima kasih kepada para pensyarah dan jurubahasa isyarat. Saya masih akan menuntut dalam baki dua tahun lagi.
Pengalaman bekerja
Saya pernah menjadi guru ganti dan guru tuisyen. Saya pernah kena buli dan cemuhan daripada murid-murid. Saya menyedari bahawa saya mendapat balasan atas kesalahan saya terhadap guru-guru dahulu. Saya memahami perasaan guru berdedikasi. Saya tidak menyimpan dendam terhadap murid-murid pernah melakukan kesalahan terhadap saya. Saya tidak tahu sama ada murid-murid terkenang saya kini.
![]() |
| Kelas paling mencabar. |
![]() |
| Murid-murid kelas saya. Mereka nakal tetapi comel. |
Saya berharap agar banyak orang Cina akan memilih kursus Pendidikan Khas kelak. Selamat Hari Guru.



No comments:
Post a Comment