Ada orang lain bertanya kepada saya tentang tujuan saya datang ke SID. Saya tidak memberikan jawapan benar. Selepas masa rehat, Foon Kar Mun membawa kek mangga ke bilik darjah. Audrey berada di luar bilik darjah sebelum Foon Kar Mun sempat membawa kek masuk ke dalam bilik darjah. Audrey kelihatan gembira. Anthony mengetuai murid-murid dan rakan-rakan mengucapkan selamat hari jadi kepada dia. Saya tidak mengucapkan selamat hari jadi kepada dia. Biarkan jika dia faham. Saya merakam kejadian dengan kamera saya.
Selepas sesi pembelajaran sekolah tamat, dia memotong kek. Saya menolong dia memotong kek. Setiap potong kek diberikan kepada setiap orang. Kami bermain-main sapu krim pada muka hingga tompok krim terjatuh ke atas lantai. Kek mangga agak sedap dan menyejukan tekak saya.
Saya mengalami kejutan hari jadi buat kali pertama pada tahun 2009. Saya menghargai semua kawan yang terlibat. Kejutan hari jadi menggembirakan seseorang jika tarikh hari jadi sampai.

No comments:
Post a Comment