Thursday, May 5, 2011

Taman Tasik Perdana (Hari 2)



Kami pergi ke Muzium Negara tetapi hanya melawat di luar Muzium Negara. Terdapat Segway ditawarkan di Muzium Negara. OBK boleh mendapat diskaun untuk bermain Segway berdasarkan pakej. Saya berminat untuk bermain Segway lagi. Saya mempertimbangkan kehendak saya. Sesiapa hendak berminat untuk bermain Segway?



Sesetengah haiwan ditawarkan untuk bergambar bersama haiwan. Bayaran dikenakan untuk tangkap gambar bersama haiwan. Saya menangkap gambar tentang kereta api lama di luar pintu masuk Muzium Negara. Kemudian, kami pergi ke Taman Rusa. Kemasukan percuma adalah untuk semua orang. Pelanduk dikurung di sangkar. Saya susah menangkap gambar tentang kancil pegun kerana kancil terlalu aktif. Saya menyuruh kancil supaya berhenti dan tengok kamera saya tetapi kancil tidak faham bahasa isyarat saya. Saya berasa marah. Saya buat begitu untuk membuatkan suasana kembali ceria. Suasana di Taman Rusa kelihatan sunyi. Seekor rusa jantan aktif. Banyak rusa yang menetap di tempat yang dikelilingi pagar. Kami mengambil jalan pintas ke Taman Burung.


Saya mencadangkan bahawa kami melawat Memorial Tun Abdul Razak tetapi cadangan saya ini tidak terjadi. Saya kurang berminat untuk mengetahui hal tentang Tun Abdul Razak lebih lanjut tetapi boleh menggunakan pengalaman beliau sebagai inspirasi pada masa depan. Taman Burung terletak bersebelahan dengan Taman Bunga Raya. Kemasukan percuma adalah untuk OBK. Kami meneka bahawa kami mungkin kena membayar. Rupanya, kami boleh masuk dengan percuma. Kami mendapat pas percuma. Sudah lama, saya tidak melawat Taman Burung. Khabarnya, Taman Burung diubahsuaikan menjadi lebih ceria. Saya mendapati perbezaan antara Taman Burung tahun ini dengan Taman Burung sejak saya kanak-kanak. Tiada burung enggang bebas terbang tetapi burung enggang dikurung di dalam sangkar.Kasihan akan burung tersebut.

Burung bangau, burung merak dan sejenis burung (saya tidak tahu) bebas bergerak di sekitar Taman Burung tetapi tidak dapat keluar dari Taman Burung. Saya mengejar burung merak. Burung merak melarikan diri. Kolam besar kelihatan tidak terurus. Kami melawat bahagian lagi. Kolam kecil kelihatan lebih ceria. Terdapat itik dan beberapa jenis burung di dalam bahagian ini.



Kami pergi ke bahagian burung nuri. Saya membayar RM1 atau RM2 untuk memberikan susu atau susu soya kepada burung nuri. Semasa saya baru memegang gelas plastik berisi susu, burung nuri berpusu-pusu untuk menghala tangan saya. Burung nuri berebut-rebut untuk minum susu. Tangan saya berasa sakit kerana kuku burung nuri memegang tangan saya dengan kuat. Namun begitu, satu luka ringan tetapi tidak teruk. Saya berasa sungguh seronok melihat burung nuri minum susu sambil hinggap pada tangan saya. Burung nuri berjalan sepanjang bahu saya. Burung nuri juga hinggap pada bahu kawan saya. Tangan saya dibasahi sisa susu. Saya membersihkan tangan saya. Kami melawat galeri. Terdapat anak-anak burung di atas kotak. Anak burung itu kelihatan comel. Terdapat burung dikurung di dalam sangkar dan kulit serta tulang burung dipamerkan. Terdapat air terjun. Pertunjukan burung diadakan pada masa telah ditetapkan. Kami tiada masa untuk tengok pertunjukan burung. Kami melawat kedai cenderamata. Saya hendak membeli cenderamata untuk seseorang tetapi membatalkan niat saya. Restoran terletak di tingkat lebih atas tetapi harga makanan dan minuman adalah mahal. Penggembaraan kami di sekitar Taman Burung tamat. Seorang pemandu teksi membantu kami menangkap gambar kami di hadapan papan tanda Taman Burung.


Lain kali, saya akan pergi ke Taman Burung sekali lagi.  Taman Burung lebih menarik dari Taman Rusa.

No comments: