Friday, May 20, 2011

Dua DVD




Filem pertama ialah The Warrior's Way manakala filem kedua ialah Morning Glory.

Filem pertama boleh tahan. Kebanyakan aksi perlahan yang ditunjukkan dalam pertarungan. Saya lebih gemar tonton aksi pantas. Seorang askar pembunuh menjalani kehidupan baru di negara lain. Dia melindungi orang kesayangannya. Dia mengasingkan diri daripada orang kesayangannya demi keselamatan orang kesayangannya. Rating saya ialah 3.

Filem kedua agak baik. Filem ini mengingatkan saya tentang seseorang. Dia rajin macam Becky Fuller. Dia fokus terhadap tugasan tanpa meluangkan masa untuk bercinta. Dia tidak mudah berputus asa seperti Becky.

Menurut plot, Becky Fuller dipecat daripada program berita tempatan. Becky Fuller rajin bekerja. Dia menerima tawaran kerja untuk bekerja di "Daybreak". Dia memutuskan bahawa menjadikan "Daybreak" lebih menarik dengan membawa pemberita TV legenda veteran, Mike Pomeroy. Malangnya, Pomeroy enggan mengulas tentang gosip bintang, cuaca dan lain-lain. Fuller bekerja keras untuk menaikkan rating dan mengekalkan program TV "Daybreakl". Fulller dan kakitangan Daybreak berjaya. Fuller menyedari bahawa cinta penting. Fuller bercinta semula dengan kekasih setelah dia menumpukan perhatian terhadap kerjaya. Fuller dipanggil untuk bertemu duga dengan stesen televisyen lebih terkenal. Pomeroy mengubah cara penyampaian untuk memujuk Fuller kembali bekerja di "Daybreak". Fuller berasa terharu dan kembali bekerja di "Daybreak". Fuller hidup bahagia bersama kekasihnya.

Rating saya ialah 4. 

Saya telah menonton kedua-dua filem dalam DVD untuk mengisi masa lapang saya.

No comments: