Monday, May 23, 2011

Prestasi Arsenal FC Musim 2010/11

Arsenal FC bermula dengan baik. Arsenal FC terus menunjukkan prestasi okey sehingga pertengahan liga. Walaupun Arsenal FC kalah beberapa kali, Arsenal FC terus mendapat kedudukan baik. Arsenal FC menunjukkan prestasi cemerlang hingga peringkat separuh akhir pusingan pertama Piala Carling. Arsenal FC kalah kepada Ispwich Town tetapi bangkit menewaskan Ispwich Town. Arsenal FC mula mengalami kemerosotan prestasi sejak kekalahan kepada Birmingham FC pada final Piala Carling. Arsenal FC gagal mengekalkan tempat ketiga. Manchester City merampas tempat ketiga daripada Arsenal FC walaupun Manchester City tidak menewaskan Arsenal FC.

Benteng pertahanan Arsenal FC mengalami kerapuhan. Kesilapan penjaga gol, Alumnia menyebabkan Arsenal FC keciciran mata. Khabarnya, pemain Arsenal FC masih mengalami 'penderitaan' akibat kekalahan dalam final Piala Carling. Saya bersetuju bahawa pemain Arsenal FC belum ada kekuatan mental yang tinggi. Penyerang Arsenal FC, Van Persie menjaringkan banyak gol untuk Arsenal FC.

Harap pasukan Arsenal FC akan lebih gagah pada musim 2011-2012. Sekiranya Van Persie, Fabregas dan Theo Walcott tidak sentiasa mengalami kecederaan, saya yakin bahawa Arsenal FC sentiasa mencatatkan keputusan baik. Arsene Wenger mesti membeli pertahanan berkualiti tinggi untuk memperkuatkan benteng pertahanan tetapi mungkin mengambil masa untuk serasi dengan corak permainan Arsenal FC. Baik pemain yang tidak menunjukkan persembahan memuaskan mesti dijual kepada pasukan lain.

Saya sedih tetapi bersabar. Saya percaya bahawa Arsenal FC akan menjuarai sesuatu piala kelak. Saya merindui masa pasukan Arsenal FC meraikan kejuaraan.

No comments: