Monday, September 10, 2012

Bukit Bendera

Saya melawat Bukit Bendera kali pertama. Pada tahun 2010, saya dan kawan saya hendak ke Bukit Bendera tetapi rancangan ini tidak jadi kerana kerja pengubahsuaian dilakukan pada masa itu.


Pemegang kad OKU menaiki kereta api secara percuma. Saya nampak gambar empat trem dari permulaan ke kini. Trem kini berwarna biru dan bergerak dengan pantas.


Banyak orang datang ke Bukit Bendera. Saya tidak boleh duduk di dalam kereta api dalam perjalanan pergi dan balik. Kereta api bergerak dengan lebih pantas kini berbanding dengan kereta api lama.


Kereta api sampai di puncak Bukit Bendera. Sebaik saya keluar dari kereta api, saya terasa sejuk sekali. Saya melihat panaroma yang mengasyikkan di puncak Bukit Bendera.

Saya rela hati menolong pelancong berkulit putih menangkap gambar. Saya tidak dapat mendengar apa dikatakan oleh mereka. Saya berasa pelik tentang sebab saya membantu mereka secara spontan.

Kami bergambar dan berjalan-jalan. Banyak bangunan berdiri dalam keadaan sesak terutamanya di sekitar Georgetown yang saya nampak di puncak Bukit Bendera.

Kami melawat Muzium Burung Hantu (Owl Museum). Pemegang kad OKU membayar RM5 manakala pemegang kad MyKad membayar RM10 untuk masuk ke dalam muzium ini. Saya menerima hadiah percuma seperti rantai kecil. Muzium ini kelihatan seperti galeri seni burung hantu.


Hasil seni tentang burung hantu yang menarik. Ada yang comel dan cantik. Sesetengah hasil seni buatan orang luar negara manakala sesetengah hasil seni buatan orang tempatan. Saya anggap hasil seni itu bernilai tinggi.


Awak boleh membeli cenderamata di kedai. Saya melukis sesuatu yang lucu besertakan nama orang yang saya kenal pada buku lukisan yang disediakan di kaunter.

Saya menjalani tawar-menawar harga dengan peniaga. Saya tidak mendapat harga tawaran hendak saya bayar tetapi peniaga sudi menawarkan harga lebih rendah daripada harga asal. Saya berasa sangsi tetapi saya membeli sehelai baju shirt. Haha.

Kami tidak boleh menjelajah seluruh tempat di puncak Bukit Bendera kerana kesuntukan masa. Kami turun ke bawah dengan kereta api.

No comments: