Friday, August 17, 2012

Arsenal FC 2012-2013

Berita menyedihkan peminat Arsenal khususnya, saya. Robin Van Persie dijual ke Manchester United. Dia tidak mahu menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal. Persoalan sama ada Arsenal mampu mencipta pencapaian gemilang tanpa RVP atau tidak pada musim ini.

Penyerang
Dua orang penyerang baru, Lukas Podolski dan Oliver Giroud diharap dapat menjaringkan banyak gol untuk Arsenal pada musim ini. Dua orang penyerang itu perlu menyesuaikan diri dengan corak permainan Liga Perdana Inggeris secepat mungkin. Chamakh mesti memperbaiki prestasi dirinya dari segi teknik. Gervinho mesti banyak mencipta peluang jaringan untuk rakan-rakan sepasukannya pada musim ini. Tiada berita terkini tentang usaha memberikan kontrak lanjutan kepada Theo Walcott. Ini merisaukan. Semoga Walcott akan menandatangi kontrak lanjutan lagi. Theo Walcott mesti bijak menggunakan ruang yang sedia ada tidak kira cukup atau tidak cukup jika hendak menjaringkan gol. Format 3 penyerang lebih sesuai sekiranya lawan 'degil' bertahan.

Tengah
Artera mesti mengekalkan prestasi hebat seperti musim lepas pada musim ini. Arsenal hanya menang tanpa dia sebanyak satu kali pada musim lepas. Arsenal mesti meningkatkan prestasi jika Artera cedera untuk mencapai kemenangan pada musim ini. Artera tidak boleh mengalami kecederaan pada musim ini. Ramsey mesti meningkatkan corak permainannya untuk mencapai tahap sama dengan Ryan Giggs sewaktu Giggs muda dahulu. Alex Song mesti bijak membahagikan ruang menyerang dan bertahan. Jika Song kerap membantu serangan dan meninggalkan ruang cukup untuk lawan untuk menyerang, kubu pertahanan Arsenal berdepan dengan risiko tinggi. Song boleh diletakkan di posisi tengah menyerang. Jack Wilshere dan Abou Diaby mampu mengisi tempat Alex Song di posisi tengah bertahan. Rosicky, Wishere dan Diaby diharap yang akan sembuh sepenuhnya pada musim ini. Oxlade-Chamberlain boleh menunjukkan prestasi lebih baik pada musim ini. Coquelin perlu memperbaiki teknik permainannya supaya dia menjadi pemain gantian boleh diharap sepanjang musim ini. Pemain baru, Cazorla diharap memasukkan elemen kreatif ke dalam corak permainan Arsenal. Arsenal mesti belajar dari Sepanyol tentang corak hantaran dan penguasaan bola. Adakah Arsene Wenger akan berani memilih formasi 4-6-0?

Pertahanan
Benteng pertahanan mesti bekerja dengan lebih keras. Thomas Vermalaan dan Laurent Koscielny serta Bacary Sagna mesti mengekalkan prestasi hebat pada musim ini. Vermalaan tidak perlu selalu membantu jentera serangan. Alangnya bagus sekiranya Vermalaan menjaringkan gol. Santos, Gibbs dan Jenkinson mesti selalu mengawal pemain lawan dengan lebih ketat di sisi padang. Arsenal mesti membeli pertahanan baru yang sentiasa berprestasi tinggi.

Penjaga gol
Fabianski mesti meningkatkan prestasi dia agar dapat selalu bersaing dengan Szczesny untuk menjadi penjaga gol utama. Vito Mannone mesti sentiasa melakukan persembahan cemerlang jika kedua-dua orang penjaga gol itu mengalami kecederaan.

Semua pemain Arsenal mesti saling mempercayai dan sentiasa bersemangat sepanjang musim ini. Mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk membuktikan Arsenal boleh bertambah kuat dan lebih baik selepas pemergian RVP.

Semoga semangat kejuaraan tanpa rekod kalah dapat dijadikan sebagai inspirasi kepada kebangkitan Arsenal musim ini. 

No comments: