Saturday, March 3, 2012

Pertandingan Bola Tampar DC

Saya tidak menyertai pertandingan bola tampar DC. Saya pernah main bola tampar sebelum itu tetapi saya tidak main bola tampar dalam hampir dua tahun. Saya tidak berani.

Saya baru tahu bahawa dua pasukan orang pekak yang bertanding dengan pasukan orang tipikal. Empat pasukan orang tipikal juga menyertai pertandingan ini kerana kekurangan bilangan pasukan orang pekak. Khabarnya, terdapat tiga program diadakan untuk orang pekak di luar YMCAKL. Pada pendapat saya, DC perlu menangguhkan pertandingan bola tampar DC.

Nama pasukan warna merah bagi orang pekak ialah merah. Nama pasukan itu ialah Wonder 90. Nama pasukan warna biru bagi orang pekak ialah biru. Nama pasukan itu ialah Doraemon. Doraemon berbunyi seperti sesuai untuk kanak-kanak. Salah seorang remaja perempuan pekak mengusulkan Doraemon sebagai nama pasukan warna biru. Tidak perlu tahu nama dia.

Saya memerhatikan latihan kedua-dua pasukan itu. Latihan nampaknya mudah. Tengku Nur Carmeela selaku kapten Wonder 90. Wonder 90 bertanding dengan pasukan warna kuning. Hasilnya, pasukan warna kuning membelasah Wonder 90 dengan 30-7. Anggota Wonder 90 gagal mencapai persefahaman dan tidak mempunyai strategi khas untuk menyerang.

 1st: Saya tidak tahu apa dicakap oleh Carmeela.
2nd: Nero cuba menampar bola manakala Carmeela perhatikan dia.
3rd: Mungkin perbincangan Wonder 90?
4th: Wonder 90 dan Doraemon

Rehat bermula sementara perlawanan antara kedua-dua pasukan lain diadakan. Lepas rehat, Wonder 90 bertanding dengan Doraemon. Kedua-dua pasukan berlawan dengan sengit. Kebanyakan mata diperoleh melalui kesilapan mudah. Doraemon masih mendahului Wonder 90 tetapi tidak lama lagi Wonder 90 mendahului Doraemon. Wonder 90 mengekalkan pendahuluan sehingga mencapai mata kemenangan. Jika saya tidak tersilap ingat, keputusan 30-27.

Rehat bermula. Kami makan tengah hari. Doraemon tewas di tangan pasukan warna kuning itu. Hasilnya, pasukan kuning membaham Doraemon dengan 30-6. Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan pekak itu gagal mara ke peringkat separuh akhir. Tiada hadiah sagu hati diberikan kepada pasukan Wonder 90.

Pertandingan bola tampar DC mungkin akan diadakan pada tahun depan tetapi belum disahkan. Semoga pertandingan bola tampar DC seterusnya akan banyak menarik penyertaan orang pekak.

Wonder 90


No comments: