Menurut permulaan plot, John mencari emas di dalam gua. Dia terjumpa gua emas apabila berusaha menyelamatkan diri dan seorang lelaki lain daripada serangan orang asli. Dia terserempak dengan seorang lelaki tidak dikenali di dalam gua. Dia menembak lelaki itu apabila mereka bergelut. Dia memegang sebuah alat berkuasa. Dia tersedar di tempat yang tidak dikenali. Dia hendak berjalan tetapi tiba-tiba melompat lalu terhempas ke atas tanah. Kemudian, dia berjaya melompat secara selamat. Dia menemui sekumpulan orang gasar hijau ketinggian 12 kaki di Marikh.
Dia terlibat dalam perang saudara setelah dia menyelamatkan seorang puteri. Dia dan orang gasar menyelamatkan kerajaan warna biru dengan menewaskan kerajaan warna merah. Dia berjaya menghalang perkahwinan antara raja warna merah dan puteri kerajaan warna biru. Dia berkahwin dengan puteri itu. Tiba-tiba dia kembali ke Bumi setelah lelaki berkuasa memindahkan dia ke Bumi secara paksaan. Adakah dia akan kembali ke Marikh atau terus tinggal di Bumi?
Plot keseluruhan agak baik. Babak pertarungan antara John Carter dan bekas ketua orang gasar itu dengan dua ekor makhluk raksasa yang ganas adalah paling menarik. Lakonan Taylor Kitsch dapat memberikan kesan positif terhadap filem ini. Seekor makhluk comel berkelakuan seperti anjing menyentuh hati saya.
Filem ini menyebabkan saya berkhayal bahawa saya ingin pergi ke Marikh untuk bertemu dengan seorang wanita cantik. Khayalan mengarut. Saya berfikir tentang sebab John mampu melompat tinggi ke langit di Marikh. Kemungkinan ialah ciri-ciri dia berbeza dengan tanah Marikh walaupun dia sama berat dengan makhluk Marikh.
Rating saya: 3.8/5

No comments:
Post a Comment