Tuesday, March 27, 2012

Mac Akan Pergi

Minggu ini minggu terakhir bulan Mac. Kempen Earth Hour akan dilancarkan pada Sabtu ini. Saya hendak menyertai acara meraikan Earth Hour di luar pusat beli-belah.

Anda boleh memberikan sokongan terhadap kempen Earth Hour dengan menutup lampu selama satu jam. Alangkan murni jika anda menutup semua peralatan elektrik seperti lampu, komputer, televisyen dan lain-lain selama satu jam. Kebosanan akan menguasai diri anda sekiranya tidak boleh menonton TV atau menggunakan komputer selama satu jam. Saya bergurau. Usah serius dengan gurauan ini.

Pameran kasut akan dibuka kepada umum dari Jumaat hingga Ahad ini. Saya ingin melawat pameran kasut. Harap saya boleh beli kasut dengan harga lepas diskaun di sana.

Bulan April akan datang tidak lama lagi. Usah main April Fool. Semoga setiap perkara akan berjalan dengan lancar.



No comments: