
Arsenal masih mengalami kemarau kejuaraan selama lima musim. Saya berasa sungguh kecewa.
Saya mula berminat dengan Arsenal FC sejak tahun 1999. Saya tidak lupa tentang masa itu. Saya menonton TV. Pemain Arsenal FC menjaringkan gol. Dennis Bergkamp menjulang trofi EPL sambil senyum. Ini sebab saya berminat dengan Arsenal FC. Saya mula mengikuti perkembangan terkini Arsenal FC. Saya mula membenci Manchester United(MU) kerana MU mengalahkan Arsenal dengan 2-1 dalam separuh akhir Piala FA. Rasa benci terhadap MU bertambah setelah saya menyaksikan MU membelasah Arsenal FC dengan 6-1. Saya berharap agar Arsenal FC membelasah MU dengan 5-0 atau 6-0 lebih daripada dua kali. Harapan ini mustahil tetapi sukar diramalkan seandainya Alex Ferguson masih menjadi pengurus MU.
Saya mengulas tentang Arsenal FC sekarang. Arsenal FC gagal merangkul kejuaraan musim 2009-2010 kerana benteng pertahanan goyah dan masalah kecederaan pada kebanyakan tonggak. Fabregas, Van Persie dan Arshavin penting menurut pendapat saya. Arsene Wenger mesti mendapatkan sekurang-kurangya tiga orang pemain bintang yang handal. Saya percaya akan Arsene Wenger.
Semoga musim depan menjadi musim gemilang untuk Arsenal FC.
No comments:
Post a Comment