Tarikh: 28 Oktober 2011
Bermula daripada kisah hidup saya sehari.
Saya terpijak cermin mata saya yang kedua. Kaca cermin mata telah retak. Saya sakit hati. Cermin mata itu paling selesa dipakai. Cermin mata itu pernah dibeli sejak tahun 2005. Sebilangan orang Amerika memuji cermin mata itu. Makin lama, makin buruk.
Saya ingin ponteng kuliah. Sebahagian teori diajar di kuliah itu yang sama dengan teori yang diajar di kuliah kursus terdahulu. Jadi, saya fikir bahawa kuliah itu agak membazirkan masa. Fikiran saya berubah. Saya tetap hadir ke kuliah itu. Namun begitu, kuliah terpaksa ditangguhkan atas masalah teknikal. Kawan saya berkata bahawa saya ada gerak hati. Gerak hati memberitahu saya agar ponteng kuliah. Saya mengubah keputusan saya atas fikiran rasional. Aduh!
Saya ternampak dua pelangi. Dua pelangi yang cantik sekali. Saya menangkap gambar. Tiba-tiba gerai pasar malam roboh kerana dipukul ribut. Kemudian, hujan mula turun. Saya nampak sesuatu bergerak di depan pelangi. Sesuatu bergerak itu mungkin ialah titisan air hujan. Pelangi biasanya muncul selepas hujan tetapi sebaliknya terjadi. Gerai-gerai lain yang roboh.
Seorang lelaki dewasa menegur saya. Saya terfikir bahawa dia mungkin minta saya agar menemani dia. Saya meberitahu dia bahawa saya tidak dengar. Saya meminjam payung saya kepada pak cik itu. Rupanya, pak cik mengambil sebuah beg di dalam bonet kereta. Agaknya, pak cik berterima kasih kepada saya. Saya membalas dengan senyuman.
Selepas membeli di pasar raya, seorang promoter menahan saya lalu menyapu krim pada tangan kiri saya. Saya berkata bahawa saya tidak mendengar. Seorang promoter lain mengilas krim pada tangan saya. Krim boleh merawat kulit berjerawat. Dia menunjukkan cermin dan risalah. Pipi saya ada ruam kecil. Saya menolak tawaran. Krim itu tidak semestinya selamat dan berkesan.


No comments:
Post a Comment