Tuesday, October 4, 2011

Parti Kawan Di Destinasi Yang Berjauhan

Mengapakah tajuk begitu dipilih? Satu sebab ialah parti hari jadi kawan saya diadakan dua destinasi yang berjauhan dengan rumah saya masing-masing. Shoba telah mengadakan parti hari jadi di Kajang manakala kejutan parti hari jadi juga dilakukan di Putrajaya. Persamaan ialah kedua-dua parti hari jadi mereka diadakan pada waktu malam.

Parti Hari Jadi Shoba
Shoba mengajak saya. Saya telah menaiki bas, LRT Star dan Komuter ke Kajang seperti biasa saya lakukan dalam perjalanan antara UKM dengan rumah saya. Ini sistem pengangkutan awam yang paling lama saya benci. Ketepikan soal pengangkutan awam. Saya terlewat pergi ke rumah Shoba.

Wai Kit dan kekasihnya menunggu saya dan bekas rakan sekelasnya, R di luar stesen Komuter Kajang. Tidak lamanya Muthu datang ke sana. Kami mengikut Muthu ke rumah Shoba. Walaupun saya ingat arah jalan ke rumahnya, saya tidak ingat tentang nombor rumah Shoba. Beberapa anggota RELA sedang mengawal lalu lintas di depan rumah Shoba. Saya nampak ramai orang di rumahnya apabila saya keluar dari kereta.

Sumber : Mohammad Redha
Shoba kelihatan lawa ketika berpakaian sari berwarna ungu. Saya telah memberikan hadiah kepada dia. Saudara-mara dia dan kawan-kawannya datang ke rumahnya. Bufet disediakan untuk dijadikan sebagai makan malam. Terdapat banyak batang sate disediakan. Saya suka makan sate. Kami menonton klip video tentang gambar Shoba dari masa bayi ke masa dia dewasa. Raymond menari dan mengajak kami menari bersama-sama. Saya turut menari tetapi sekejap sahaja. Hujan lebat turun. Nasib baik S sudi menghantar saya ke rumah saya pada lewat malam.


Pari Hari Jadi Amir Hamidi.
Carmeela mengajak saya. Saya fikir bahawa kami telah lewat sampai di jambatan Putrajaya. Oleh itu, saya minta Carmeela untuk memberi saya alamat rumah Amir Hamidi. Saya dan Peter Loh terus ke rumah Amir Hamidi. Kami telah tersesat jalan sebentar. Kami mendapati bahawa Carmeela tidak berada di rumah Amir. Isterinya, anak-anaknya dan kawan-kawannya serta anak-anak kawannya berada di rumah dia.

Selipar dan kasut disembunyikan agar Amir tidak tahu tentang kami berada di dalam rumah dia. Lampu ditutup sebelum Amir masuk. Amir nampaknya gembira ketika berjumpa dengan kami. Makanan termasuk kek dan ayam goreng KFC disediakan.


Kuantiti makanan di parti hari jadi Amir tidak sebanyak kuantiti makanan di parti hari jadi Shoba tetapi cukup bagi saya. Kejutan hari jadi bermula lebih dari pukul 9.00 malam. Parti hari jadi ini diadakan secara ringkas. Saya berasa gembira ketika mengetahui bahawa Amir tidak pernah menerima kejutan hari jadi sehingga kejutan parti hari jadi. Kami bergambar bersama sebelum keluar. Saya dan Peter Loh balik ke rumah pada waktu tengah malam.


No comments: