Friday, September 23, 2011

Sambutan Hari Malaysia 2011

Sambutan Hari Kebangsaan ditangguh ke 16 September 2011. Sambutan Hari Kebangsaan tidak boleh dijalankan pada 31Ogos kerana tarikh itu ada Hari Raya Puasa. 

16 September merupakan Hari Malaysia. Sabah, Sarawak dan Singapura yang menyertai Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Adakah anda tahu tentang ini? Singapura keluar dari Malaysia pada bulan Ogos1965. Sedihnya hati saya. Semuanya masih saya ingat.

Saya dan kawan saya terlewat datang ke Dataran Merdeka. Saya dapat menyaksikan perbarisan dan persembahan secara dekat di Dataran Merdeka buat kali pertama. Saya terkenang tentang impian saya sejak kecil, terutamanya menyaksikan sambutan Hari Kemerdekaan secara dekat. Saya berasa bangga ketika nampak bendera Malaysia berkibaran. Banyak orang tidak kira kaum yang menyaksikan sambutan Hari Malaysia. Bendera diberikan kepada pengunjung termasuk kami secara percuma. Kereta-kereta perhiasan berlalu. Persembahan oleh peserta-peserta dijalankan. Helikopter-helikopter terbang merentangi banyak orang. Saya tidak menyaksikan persembahan jet kerana kami telah meninggalkan sana lebih awal. Kami bergambar dengan tiga orang askar di hadapan lori askar. Tiga orang askar itu nampaknya kacak kerana pengunjung lain mahu bergambar bersama mereka.



Bendera Jalur Gemilang tertinggi
Bergambar bersama tiga orang askar. Mereka kacak?

Saya tidak dapat nampak Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri dan para hadirin yang  duduk di atas pentas. Saya terjumpa seorang lelaki berbaju ada logo RC Mission seperti lelaki Melayu. Dia tidak menegur sapa kami. Saya terfikir bahawa jika saya akan tunjuk gambar tentang dia dalam FB, Chai Yun mungkin akan mengecam dia atau tidak mungkin. Selepas saya tunjukkan gambar itu dalam FB, saya mendapat soalan tentang gambar itu. Tiada jawapan diberikan oleh Chai Yun. Misterinya lelaki itu. 

Lelaki tidak dikenali
Saya merancang untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Stadium Putra pada tahun lepas. Namun begitu, saya mendapat ajakan kawan saya lalu membatalkan rancangan saya itu. Saya agak terkejut semasa melihat gambar kawan-kawan saya tentang sambutan Hari Kebangsaan tahun 2010. Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini berwarna-warni.


No comments: