Wednesday, September 21, 2011

Penggembaraan Berbasikal

Terdapat pos tentang penggembaraan berbasikal di pantai timur Taiwan dalam blog, Kennysia. Pernahkah anda baca blognya? Fokus terhadap penggembaraan berbasikal. Dia menceritakan pengalaman dia berbasikal. Awak boleh klik pos 1 dan pos 2. Saya bukan mempromosikan blog dia tetapi hendak berkongsi tentang penggembaraan berbasikal. Hehe.

Dahulu, saya pernah membaca artikel tentang penggembaraan dua orang Melayu berbasikal mengelilingi dunia. Tidak ingat nama mereka. Mereka telah mengambil masa lebih dari satu tahun untuk melengkap penggembaraan mengelilingi dunia. Saya kagum dengan mereka. Saya ingat bahawa saya hendak melakukan penggembaraan berbasikal seperti mereka. Walau bagaimanapun, saya tidak mahir berbasikal dan perlu mengumpul banyak wang semasa saya muda. Cabaran lebih perit akan saya hadapi jika saya berkeputusan untuk melakukan penggembaraan berbasikal. Misalnya, masalah komunikasi, kerosakan tiba-tiba dan lain-lain. Berbasikal menjimatkan wang tetapi mengambil masa lebih lama dan membuatkan seseorang banyak menggunakan tenaga. 

Saya pernah berfikir sama ada saya akan berbasikal seorang diri di pantai timur Taiwan seperti dilakukan oleh Kenny Sia. Namun begitu, saya pekak dan tidak tahu sangat tentang bahasa Cina. Saya risau jika saya mungkin akan tersesat jalan kerana saya telah salah faham atau kurang faham. Ini kedengaran seperti saya tiada keyakinan diri. Saya perlu berfikiran realistik tentang penggembaraan berbasikal. 

Adakah rakyat Malaysia pernah melakukan penggembaraan berbasikal di Semenanjung Malaysia? Saya nyaris terlupa bahawa seorang rakyat Malaysia kudung kaki pernah muncul di kaca TV. Dia berhasrat untuk menggembara mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan basikal. Saya tidak ingat lagi tentang perkara seterusnya tentang dia. Saya tidak boleh menyambung cerita ini. 

Saya mesti berlatih berbasikal tetapi tiada basikal. Saya mampu membeli sebuah basikal tetapi tidak membeli. Penggembaraan berbasikal seorang diri mungkin membosankan. Penggembaraan berbasikal berkumpulan atau berdua-dua mungkin lebih baik. Sekurang-kurangya, kawan boleh membantu seseorang jika dia menghadapi masalah. 

Penggembaraan berbasikal memberikan pengalaman berbeza dengan penggembaraan berkereta.  Anda boleh menikmati pemandangan cantik sambil berkayuh. Anda mungkin akan mengalami perasaan tidak saya tahu. Saya tidak pernah melakukan penggembaraan berbasikal. Jika ada peluang, saya pasti akan melakukan penggembaraan berbasikal. Jika anda mahu melakukan penggembaraan berbasikal tetapi anda tidak mampu untuk menanggung kos seperti kos penginapan, anda boleh mencari penaja atau memohon bantuan kewangan. 

Jika orang tertentu mahu menggembara dengan basikal, harap anda akan beritahu saya. Bakal penggembara harus berjiwa besar dan kental dalam usaha menjayakan penggembaraan berbasikal. 

Mahu menyertai perlumbaan berbasikal? Mungkin lebih seronok daripada penggembaraan berbasikal? 

2 comments:

by Yvonne Chia said...

his blog is coOL!!!THANKS for sharing..^^
cycling around alone need lot of courage..
加油!hope u can do what you wanna be..=)

Wei Xiong said...

Yvonne, you're welcome. yes. sometimes his sentences make me laugh.
you're right. thanks for hope. =)