Wednesday, January 23, 2013

Prestasi Arsenal 2013

Saya telah berasa sedih atas kekalahan Arsenal kepada Chelsea baru-baru ini. Arsenal masih meniti prestasi tidak menentu.

Arsene Wenger mengenakan peraturan bahawa denda yang tinggi kepada pemain-pemain Arsenal. Saya menyokong pendekatan ini. Semoga denda boleh mendisiplinkan pemain-pemain.


Saya berasa sungguh lega setelah membaca berita tentang Theo Walcott telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. Arsenal mempunyai enam orang pemain berdarah British yang muda termasuk Jack Wilshere.



Didakwa bahawa Arsenal kini lebih baik daripada Arsenal 'The Invincibles. Saya agak setuju. Malangnya, pemain-pemain Arsenal kelihatan tidak tahu cara membangkitkan selera kemenangan. Arsenal tidak boleh terus mengalami prestasi tidak menentu. Arsenal mesti bangkit supaya Arsenal dapat mencapai kedudukan empat teratas dalam liga dan menamatkan kemarau kejuaraan dengan Piala FA atau Liga Juara-juara Eropah musim ini.

Arsenal akan menentang lawan kuat iaitu Bayern Munich. Semoga Arsenal berjaya melepasi halangan Bayern Munich. Arsenal wajib menang ke atas Manchester United dan Tottenham Hotspur. Arsenal mesti membuktikan kepada RVP bahawa Arsenal berkemampuan untuk menjulang kejuaraan.

Arsene Wenger mesti membeli pemain baru pada bulan ini. Jangan kedekut dan terlalu yakin akan pemain sedia ada. Taktikal alternatif mesti lebih baik sekiranya taktikal asal tidak berkesan. Rancangan B (taktikal alternatif) selalu gagal. Baik Arsene Wenger kena belajar daripada Ji Woo (watak detektif peribadi dalam drama Fugitive Plan B). Rancangan B kelihatan pelik tetapi berhasil.


No comments: