Restoran Chatz Brasserie menghidangkan bufet untuk pelanggan-pelanggan. Kami boleh memilih apa-apa makanan dan minuman. Makanan ala barat dan ala Timur yang dihidangkan. Saya terasa bahawa restoran ini hampir serupa dengan restoran bufet gaya Jepun. Kotak cahaya siling gaya ala Jepun menambah keserian restoran ini.
Malangnya, saya tidak mencuba kopi dan makan semua hidangan bufet. Saya sibuk berbual-bual bersama kawan-kawan saya dan guru-guru sekolah. Makanan lain boleh tahan kecuali sate ayam agak sedap. Saya buat ABC sendiri. ABC itu tidak berapa sedap tetapi masih boleh dimakan. Saya mungkin ambil kuantiti tidak seimbang.
Pelbagai cendermata diberikan kepada saya dan kawan-kawan tetapi saya tidak pasti sama ada diberikan untuk setiap pelajar. Saya tidak fokus terhadap perkara ini.
![]() |

![]() |
| Itu menyebabkan saya terasa bahawa restoran itu bergaya ala Jepun. |



No comments:
Post a Comment