Saya terlewat sampai di perhentian bas kerana ada masalah komunikasi. Mereka telah tunggu saya melebihi 30 minit. Kami pergi ke sana dengan dua buah kereta. Antara ahli rombongan ialah saya, Kyle Henry, Benny Liew, Selina Fong, Jackie Chew, So Pi, Esther Wong dan seorang lelaki dewasa Cina (nama dia telah saya lupa). Perjalanan ini memakan masa selama 2 jam dari PJ ke Kuala Kubu Bharu. Destinasi pertama ialah Empangan Kuala Kubu Bharu. Kami berhenti di Pusat Keterangan Splash yang bersebelahan dengan Empangan Kuala Kubu Bharu. Pemandangan di sana menyenangkan hati saya. Kami bergambar. Kyle dan Benny buat pose lawak ketika bergambar. Kami terus pergi ke air terjun Chiling.
Tiada kakitangan di kaunter. Pelawat dikehendaki membayar di kaunter. Perjalanan ini adalah panjang dan boleh tahan. Ada jambatan. Kami berjalan melalui 4 batang sungai. Akhirnya, kami nampak air terjun Chiling. Pengunjung lain yang berada di sana. Kami bermain air dan berenang. Air di sana adalah sejuk. Terdapat dua air terjun. Air terjun pertama adalah lebih selamat berbanding dengan air terjun kedua. Kami berjalan balik selepas pukul 3pm. Jackie Chew hantar saya dan Kyle ke stesen komuter Kepong Sentral. Kami balik ke rumah masing-masing.
Sekiranya anda pergi ke Kuala Kubu Bharu untuk tujuan lawatan, anda tidak harus lupa pergi ke air terjun Chiling.

Empangan KKB

Pusat Keterangan Splash

Pintu Gerbang

Salah satu batang sungai Chiling

Air terjun Chiling

Pelangi terbentuk
No comments:
Post a Comment