Monday, November 22, 2010

Ulasan

Arsenal FC telah kalah di tempat sendiri sebanyak tiga kali bagi Liga Perdana Inggeris (EPL). Saya berasa sungguh bimbang. Bahagian serangan pasukan Manchester United mungkin akan bertambah bahaya selepas Wayne Rooney pulih secara sepenuhnya atau sedang maju untuk mencapai tahap kemuncak. Manchester United dilihat mampu mencapai tempat teratas jika Chelsea FC sedang menuju ke era kemerosotan prestasi. Manchester City mungkin mampu merebut tempat teratas jika pasukan ini mencapai kesepadanan dari segi strategi sepanjang perjalanan EPL.

Pemain-pemain Arsenal FC dikatakan mempunyai semangat ingin menang yang tinggi. Pemain-pemain pertahanan Arsenal FC harus mengawal benteng pertahanan secara kental. Semoga Arsenal FC akan sentiasa menang supaya Arsenal FC dapat memenangi kejuaraan EPL musim ini.

Adakah kontinjen Malaysia mampu mencapai sasaran 9 pingat emas? Badminton gagal mencapai sasaran satu pingat emas. Seorang penerjun negara kita diharapkan mencapai satu pingat emas walaupun China lebih hebat dalam acara terjun. Bowling diharapkan mencapai satu pingat emas lagi. Pasukan hoki negara kita mesti mencapai pingat emas walaupun lawan bukan calang-calang. Semua pemain hoki negara kita diharapkan agar tidak leka semasa bermain menentang lawan. Saya berasa kasihan terhadap Datuk Lee Chong Wei kerana beliau gagal mencapai satu kejuaraan Sukan Olimpik, Kejohanan Asia dan Sukan Asia. Tiada pemain pelapis setanding beliau pasti mencetuskan masa gelap dalam acara perseorangan lelaki. Impian menjulang Piala Thomas hampir mustahil.

Semoga sukan negara kita sentiasa maju.

No comments: