Sunday, December 20, 2009

Lawatan ke Batu Pahat

Saya bangun. Saya berasa sungguh terkejut semasa melihat jam telefon bimbit. Saya telah lewat bangun. Saya mandi dan memeriksa sesuatu. Saya tidak bersarapan. Saya bergegas ke perhentian bas. Saya bernasib baik kerana bas kebetulan datang. Saya tidak perlu tunggu. Saya menaiki bas dan LRT. Saya menaiki bas ekspres. Saya berasa sungguh lapar. Saya telah nampak Sungai Muar. Bas itu dijangka sampai di Terminal Bas Batu Pahat tetapi telah terlewat kerana pengisian diesel semula di stesen petrol.

Saya berjumpa dengan Redha. Saya dan dia bersiar-siar di pusat beli-belah kecil. Saya berjumpa dengan abangnya. Abangya membawa kami untuk makan nasi briyani terkenal. Saya makan otak-otak berwarna merah. Saya tidak pernah makan ini. Saya fikir saya tidak akan makan ini lagi. Saya berasa sungguh kecewa kerana pantai Minyak Beku telah dicemari oleh sampah-sarap. Saya berharap agar pihak berkuasa dan ramai orang membersihkan pantai ini. Saya yakin bahawa pantai itu akan menjadi tarikan. Terdapat kapal tersadai di pantai. Daun-daun kering yang bertakung di Telaga Batu Pahat. Saya juga berharap agarPerigi Batu Pahat dijaga dengan baik. Boleh baca pengalaman Redha dalam blognya















Kapal terdampar















Pantai Minyak Beku















Dataran Penggaram















Satay















Jus tembikai + Susu
Sebenarnya saya memesan minuman tembikai susu tetapi minuman salah. Saya tidak pernah minum minuman itu sebelum itu. Minuman itu boleh tahan rasanya.

Terima kasih kepada Redha, abangnya dan ahli keluarganya atas layanan dan belanja saya makan dan minum.

No comments: