Thursday, December 13, 2012

Masa Depan Arsenal

Arsenal tewas kepada Bradford City baru-baru ini. Berita ini memang menyedihkan.

Saya hairan apabila mengetahui barisan pertama yang diturunkan ketika menentang Bradford City. Arsene Wenger tidak harus menurunkan barisan pemain yang hampir sama dalam setiap perlawanan. Pengurus lawan boleh mengambil kesempatan untuk menilai kekuatan dan kelemahan setiap pemain Arsenal sekiranya Arsene selalu menurunkan pemain-pemain yang sama dalam perlawanan.

Arsenal masih memburu dua kejuaraan dalam Piala FA dan Liga Juara-juara Eropah. Arsenal tidak berpeluang untuk merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini kecuali Manchester United, Manchester City dan Chelsea selalu kehilangan mata lebih banyak daripada Arsenal dalam semua perlawanan yang akan datang. Namun demikian, kemungkinan ini nampaknya susah terjadi.

Saya setuju bahawa Arsene Wenger perlu disingkirkan daripada jawatan pengurus. Akan tetapi, Arsene Wenger harus kekal sehingga akhir musim ini. Arsene Wenger harus diberikan peluang supaya beliau boleh melakukan pembelian pemain sesuai pada bulan depan. Jika Arsenal tersingkir daripada saingan Piala FA dan Liga Juara-juara Eropah, Arsene Wenger harus dipecat secepat mungkin.

Guardiola dianggap sebagai calon terbaik untuk menggantikan AW. Saya menyokong. Walaupun Guardiola mempunyai pencapaian hebat bersama Barcelona, Guardiola tidak boleh diberikan harapan tinggi. Saya memilih jurulatih Jerman, Loew tetapi tidak mungkin kerana beliau ada kontrak bersama pasukan kebangsaan Jerman. Taktikal permainan Arsenal hampir sama dengan taktikal permainan Barcelona di bawah pengurusan Guardiola. Guardiola harus bijak menjayakan program yang dirancang oleh AW.

Saya bersimpati terhadap AW kerana Arsenal mengalami kesukaran seperti kecederaan pemain dan dana pembelian pemain baru yang terhad. Pemain-pemain Arsenal harus bersemangat tinggi ketika bermain. Theo Walcott harus dikekalkan dalam Arsenal. AW dan CEO Arsenal harus menyakinkan Walcott agar terus kekal bersama Arsenal. Kena pandai memilih situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak.

Semoga Arsenal akan kerap mencatat keputusan baik dalam perlawanan akan datang.


No comments: