Monday, October 1, 2012
Prestasi Arsenal
Arsenal mengalami kekalahan pertama semasa menentang Chelsea pada musim ini.
Saya berasa kecewa. Benteng pertahanan mesti dikukuhkan lagi semasa set piece diambil oleh pihak lawan. Jangan tersepak bola ke arah depan di depan gawang sendiri. Laurent Koscielny mesti membaiki kelemahan dalam set piece. Dia pernah melakukan kesilapan yang mempengaruhi keputusan perlawanan seperti menentang Birmingham, Blackburn Rover dan Chelsea. Semoga dia tidak akan mengulangi kesilapan sama semasa set piece diambil oleh lawan kelak.
Penyerang, Olivier Giroud gagal menjaringkan gol semasa menentang Chelsea walaupun dia berada di posisi baik untuk menjaringkan gol. Arsene Wenger mesti memberikan peluang kepada Theo Walcott untuk mengisi posisi penyerang tengah. Saya tidak rela melihat Arsenal melepaskan Theo Walcott kepada pihak lawan di dalam UK. Saya yakin bahawa Walcott akan menyinar apabila dia sentiasa berada di posisi penyerang tengah. Giroud memerlukan lebih banyak masa untuk menjaringkan gol tepat ke dalam gawang lawan, bukan menyepak liar bola melepasi palang atau tiang. Saya terasa seperti hendak menampar belakang Giroud. Gervinho berprestasi agak baik semasa dia mengambil posisi penyerang tengah. Semoga Walcott and Gervinho akan boleh menjaringkan lebih banyak gol untuk Arsenal pada musim ini.
Jangan asyik meletakkan Walcott di posisi sayap. Tengoklah prestasi Arshavin semasa dia diletakkan di posisi sayap dahulu. Arshavin cemerlang semasa menentang Coventry City kerana dia bermain di posisi tengah menyerang di belakang penyerang. Arsene Wenger patut membuka mata dan berfikir baik-baik.
Saya tiada sebarang komen tentang penjaga gol. Arsenal mesti menang ke atas semua lawan dalam bulan Oktober ini.
Manchester United kalah sekali lagi. Ini berita baik tetapi kurang hebat. Manchester City dan Chelsea belum mengalami kekalahan. Semoga Arsenal dapat mengatasi Manchester United, Manchester City dan Chelsea hingga perlawanan teakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment