Saya berasa sedih kerana Arsenal FC kalah kepada Bolton. Arsenal FC telah mensia-siakan 9 mata daripada 4 perlawanan. 4 perlawanan menentang Tottenham Hotspur sebanyak 2 kali, menentang Liverpool sekali dan menentang Newcastle United sekali. Arsenal FC mendahului semua lawan berkenaan tetapi seri dan kalah dalam 4 perlawanan tersebut. :-/ Sekiranya Arsenal FC tidak mensia-siakan 9 mata dalam 4 perlawanan berkenaan, Arsenal FC tentu mendahului Manchester United. Namun begitu, Arsenal FC menduduki tempat ketiga.
Saya baru mengubah fikiran. Saya menyokong Manchester United menjuarai EPL musim ini. Saya hendak melihat Arsenal FC mendapat tempat kedua. Ini adalah pengubat duka. Arsenal FC mesti bangkit untuk menang ketika menentang Manchester United. Adakah keajaiban akan 'memihak' kepada Arsenal FC untuk menjuarai trofi EPL musim ini? Saya tiada komen. Bola tetap bulat.
Harap Arsenal FC akan jadi juara EPL musim depan. Harap 'sumpahan' tidak akan melanda Arsenal FC sekali lagi seperti pada bulan Februari dan Mac. Arsenal FC kena berusaha.

No comments:
Post a Comment