Thursday, August 19, 2010

Salt

Saya teringin menonton filem ini selepas membaca asal usul filem ini.

Filem ini mengisahkan seorang ejen perisik yang bernama Salt berusaha untuk menyelamatkan suaminya dengan melakukan perbuatan yang bersalah kepada negara Amerika Syarikat seperti dikehendaki kumpulan pro-Soviet Union.

Saya dapat meneka tindakan Salt dengan tepat. Misalnya, Salt mengambil racun daripada labah-labah peliharaan suaminya sebelum melarikan diri. Saya meneka bahawa Salt akan menembak Presiden Rusia dengan racun labah-labah itu. Tekaan saya adalah benar selepas menonton adegan. Saya fikir bahawa sesetengah tindakan Salt mungkin boleh diketahui lebih awal. Ini pendapat saya.

Angelina Jolie melakonkan watak Salt dengan baik. Chiwerel Ejiofor melakonkan watak Peaboy dengan mantap. Aksi Salt memang baik. Satu kritikan adalah rakaman sesetengah pertarungan adalah kurang sesuai dari segi ruang.

Filem ini edisi kedua mungkin akan dihasilkan untuk menyambung plot. Awak mungkin meneka sama ada Salt adalah rakyat Amerika Syarikat yang baik atau jahat. Baik awak menonton filem sehingga tamat. Filem ini berbeza dengan filem sekuel The Bounce walaupun kedua-dua watak ialah ejen perisik.

Saya beri 4 bintang untuk filem ini.

No comments: