Wednesday, December 25, 2013

Arsenal Hambar

Saya baru menonton video tentang perlawanan Arsenal menentang Chelsea. Arsenal kelihatan bermain secara sederhana. Saya kurang berpuas hati dengan keputusan seri.

Saya tidak memahami sebab Arsene Wenger meletakkan Giroud sebagai penyerang. Persembahan Giroud memang mengecewakan. Giroud mensia-siakan dua peluang baik untuk menjaringkan gol. Jika Giroud berlari lebih pantas, Giroud pasti akan berjaya menjaringkan gol dari sisi kotak penalti. Giroud mesti direhatkan atau diturunkan sebagai pemain gantian. Giroud memang mempunyai kelebihan fizikal tetapi mungkin boleh mengatasi pertahanan berbadan besar jika dia diturunkan pada babak kedua.

Theo Walcott sepatutnya diletakkan sebagai penyerang. Walcott boleh mengambil kelebihan kepantasan sekiranya menembusi benteng pertahanan Chelsea. Benteng pertahanan tengah agak kukuh. Jika Walcott sebagai Giroud pada masa itu, Walcott pasti akan berjaya menjaringkan gol dari sisi kotak penalti seperti dinyatakan di atas.

Khabarnya, Mesut Ozil bermain lebih mendalam semasa menentang Chelsea. Persembahan Ozil okey tetapi tidak hebat. Ozil mungkin keletihan. Ozil sepatutnya direhatkan untuk satu perlawanan supaya Ozil boleh mendapat semula tenaga. Ramsey bermain secara biasa semasa menentang Chelsea. Semoga Ozil dan Ramsey akan bermain dengan cemerlang pada kebanyakan perlawanan akan datang.

Arsene Wenger sepatutnya membeli seorang penyerang yang berbisa seperti Costa pada masa perpindahan musim sejuk ini. Corak permainan Costa memang sesuai dengan corak permainan Arsenal. Saya berharap agar Arsenal akan menjadi pasukan yang sentiasa mencapai kemenangan semula pada musim ini.


No comments: