Sunday, November 4, 2012

Arsenal FC Kalah Lagi


Arsenal mengalami kekalahan sebanyak dua kali pada bulan lepas. Arsenal baru kalah kepada Manchester United di tempat lawan.

Saya berasa kecewa. Arsenal kehilangan 15 mata daripada mata maksimum, 30 dalam 10 perlawanan yang pertama.

Bahagian pertahanan Arsenal longgar pada beberapa perlawanan. Bahagian serangan gagal menyengat pada perlawanan menentang Manchester United. Sebahagian pemain tidak bermain baik/cemerlang menentang lawan kuat. Jangan kerap menurunkan pemain yang sama dalam perlawanan utama. Arsenal nampaknya belum mempunyai persefahaman yang tinggi.

Saya mengakui bahawa Arsenal tidak berpeluang untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim 2012-2013 andai Chelsea, Manchester United dan Manchester City masih mendapat mata lebih daripada Arsenal.

Semoga Abou Diaby dan Tomas Rosicky akan sembuh secepat mungkin dan jarang mengalami kecederaan pada masa depan. Arsenal mesti membeli pemain tengah bertahan yang baru dan berpengalaman jika Arsenal hendak meraih kejuaraan pada musim ini.

Saya yakin bahawa Manchester United tidak akan meraih sebarang kejuaraan pada musim ini biarpun Manchester United dikatakan mempunyai Robin Van Persie.

Adakah Arsenal akan meraih kejuaraan pada musim ini? Semuanya terpulang kepada pemain-pemain Arsenal.

No comments: