Saya berasa lega dan gembira untuk Arsenal. Namun begitu, saya berasa terkilan sedikit kerana Arsenal masih kemarau kejuaraan selama 7 tahun berturut-turut.
Tahniah kepada Manchester City dan Chelsea. Saya berasa gembira ketika Manchester United tidak dapat menjuarai LPI musim ini dan kejuaraan lain. Sejujurnya, saya tidak mahu melihat Manchester United meraih kejuaraan lagi biarpun beberapa tahun seperti dialami oleh Arsenal.
Chelsea mengagumi saya walaupun Chelsea gagal berada di tangga keempat. Para pemain Arsenal mesti mencontohi semangat pemain Chelsea. Chelsea masih menjadi raja kelab London. Pemilik Chelsea patut memberikan kontrak baru kepada pengurus sementara.
Arsenal patut mengekalkan Robin Van Persie semusim lagi. Arsenal tidak perlu membeli pemain bintang berharga tinggi. Yang penting, Arsenal mesti mendapat pemain yang sesuai dan dapat membantu Arsenal sebanyak mungkin tanpa mengira usia. Kedudukan kewangan Arsenal paling kukuh. Saya yakin bahawa Arsenal akan membeli pemain bintang berharga tinggi kelak.
Saya meluat dengan Samir Nasri. Harap Arsenal dapat menunjukkan prestasi lebih baik daripada Manchester City dan Manchester United pada beberapa musim akan datang. Alangnya baik jika Nasri meluahkan kekesalan. Akan tetapi ini mungkin mustahil.
RVP tidak perlu mengikut jejak Nasri dengan berhijrah ke Manchester City atau kelab-kelab lain demi kejuaraan. Belum tibanya masa Arsenal menjuarai mana-mana kejuaraan. Mungkin musim depan permulaan zaman kegemilangan Arsenal. Saya berhajat untuk melihat Arsenal menyapu bersih empat kejuaraan semusim. Nampaknya ini mustahil tetapi bola tetap bulat.
Euro 2012 akan bermula pada bulan depan. Juara Euro 2012? Belanda sebagai pasukan pilihan saya yang pertama. Jerman sebagai pasukan pilihan saya yang kedua. Sepanyol sebagai pasukan pilihan ketiga. Perancis sebagaai pasukan pilihan keempat. England sebagai pasukan pilihan kelima. Saya pernah tidak berapa gembira kerana Belanda tewas dalam final Piala Dunia 2010. Sepatutnya Belanda menang tetapi Arjen Robben mensia-siakan peluang ketika berhadapan dengan penjaga gol Sepanyol. Arjen Robben patut menjaringkan gol seperti dilakukan oleh Ramires ketika menentang Barcelona (2-2). Tidak apa.

No comments:
Post a Comment