Wednesday, April 18, 2012

Prestasi Turun Naik

Arsenal kalah kepada Wigan (1-2) beberapa hari yang lalu. Arsenal menang ke atas Manchester City (1-0) dan Wolves (3-0) sebelum bertemu Wigan. Sebelum Manchester City, Arsenal tewas kepada QPR (1-2).

Beberapa keputusan tersebut menunjukkan prestasi turun naik Arsenal. QPR dan Wigan menduduki kelompok tangga yang paling hampir dengan terbawah. Wigan keluar dari zon penyingkiran selepas menewaskan Arsenal. Wigan berprestasi cemerlang baru-baru ini.Prestasi QPR turun naik. Saya tidak berpuas hati dengan keputusan Arsenal baru-baru ini.

Saya berasa bimbang akan prestasi Arsenal baru-baru ini. Dalam beberapa perlawanan terakhir, Robin Van Persie masih tidak menjaringkan gol daripada bantuan rakan sepasukan kecuali dia menjaringkan gol sebagai gol penalti. RVP pernah muncul menjadi wira ke arah kemenangan dalam beberapa perlawanan. Semoga RVP akan menjaringkan gol tidak kira sama ada daripada bantuan rakan sepasukan atau kemahirannya dalam beberapa perlawanan akan datang sebelum musim 2011/2012 tamat.

Saya ingin melihat Arsenal akan berjaya menduduki tangga ketiga dalam LPI 2011-2012. Semoga Arsenal bangkit untuk terus meraih kemenangan dalam semua perlawanan akan datang. Pendudukan tangga ketiga menjadi penawar duka bagi kemarau kejuaraan. Hati saya sakit sejurus Arsenal disahkan mengalami kemarau kejuaraan. Arsenal mesti menjulang kejuaraan tidak kira kejohanan Arsenal sertai pada musim 2012-2013. Jadi, saya tidak perlu berasa cemburu akan Manchester United kelak.

Manchester United dilihat sebagai calon terkuat menjulang kejuaraan LPI musim ini. Semoga peminat Manchester United tidak akan berasa sedih andai Manchester United kehilangan peluang menjulang kejuaraan LPI musim ini secara tiba-tiba. Saya memilih Manchester United untuk menjulang kejuaraan LPI musim ini. Walau bagaimanapun, kemungkinan kejutan berlaku kerana bola tetap bulat.

Artera cedera. Kecederaan terkini diharap tidak menjejaskan prestasi Arsenal. Jack Wishere tidak dapat bermain satu kali untuk Arsenal pada musim ini. Berita ini menyedihkan. Chelsea mencipta keputusan memberangsangkan baru-baru ini. Saya lebih suka melihat Arsenal mengatasi Chelsea.


No comments: